(5 FOTO) Fashion Zaman Nenek Kau, Penampilan Nabila Huda Dikecam
Pelakon Nabila Huda tampil di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW2018) dengan pakaian yang tersendiri.
Kuala Lumpur Fashion Week pada tahun ini berlangsung di Pavillion dan Nabila Huda telah hadir ke pertunjukkan fesyen itu pada hari Sabtu lepas.
Pelakon berumur 34 tahun telah mencetuskan provokasi apabila tampil memakai gaun berwarna hitam dan kelihatan belahan di bahagian kakinya sambil mengenakan skaf yang menutupi kepalanya tetapi jelas kelihatan bahagian dadanya.
Ianya telah mendapat kecaman teruk dari para netizen yang merasakan fesyen itu tidak sesuai.
Nabila Huda turut menulis caption tentang fesyen itu adalah "fesyen zaman nenek kau".
Ini fotonya;
Ada followernya yang menegur cara pakaian itu tak sesuai digayakan oleh seorang selebriti popular kerana boleh jadi ikutan orang lain.
Ada juga yang mengatakan Nabila Huda seperti memperlekehkan pemakaian tudung yang kebiasaanya dipakai dengan penampilan menutup aurat.
Antara luahan netizen: (via mStar)
"Netizen tak salahkan sis berfesyen cuma kami harap sis jaga sensetiviti agama. Masyarakat kita sinonim yang hijab itu menutup aurat dengan sempurna.
"Sebagai selebriti, semua trend, gaya dan personaliti menjadi ikutan masyarakat"
Nabila Huda dilihat tampil membalas komen negatif yang dilemparkan kepadanya.
Pelakon yang juga anak kepada Amy Search ini berkata jika tak suka dirinya, boleh lah unfollow laman IG miliknya.
Ini respon selamba Nabila Huda:
"Tak suka boleh unfollow atau anda akan disekat dalam masa 10 minit. Tengok gambar saya puas-puas dulu, lepas ni dah tak boleh tengok,"
Sumber: Ig Kupu-Kupu / mStar
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2w1ff1L
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment