Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Dilaporkan Terus Memantau Data Lokasi Pengguna Walaupun Ciri Berkenaan Dimatikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Dilaporkan Terus Memantau Data Lokasi Pengguna Walaupun Ciri Berkenaan Dimatikan

Google sering menerima perhatian ramai dalam bagaimana mereka mengumpulkan data dan sebagainya. Terkini, Google sekali lagi menerima perhatian ramai melalui laporan terbaru AP yang mengatakan Google kekal mengumpulkan data berkaitan lokasi seseorang pengguna walaupun ciri berkenaan dimatikan.

Melalui laporan yang dikeluarkan AP, ia menyentuh ciri Location History, dimana walaupun pengguna mematikan sokongan berkenaan, Google didapati kekal memantau pengguna dan mengumpulkan data lokasi seseorang pengguna.

Bagi yang mengikuti arena teknologi dan produk Google, mungkin memahami Location History ini sebagai produk berasingan – tetapi ia adalah berbeza untuk pengguna umum. Memandangkan tiada banyak tetapan berkaitan data lokasi, mungkin ramai menganggap yang mana dengan mematikan sokongan ini ia akan menghentikan pemantauan data lokasi berkaitan mereka.

Walaupun ciri berkenaan dimatikan, Google masih mengakses data lokasi pengguna pada peranti, terutamanya untuk memberikan info seperti cuaca semasa, pengalaman carian yang lebih baik, serta sokongan yang lain.

Untuk mematikan sokongan pemantauan lokasi penuh, pengguna perlu ke laman Web & App Activity yang boleh dikatakan sangat tersorok pada bahagian tetapan Google Account – dan mungkin tidak mesra pengguna umum.

Ini bukan kali pertama Google dilaporkan menghimpunkan data tanpa persetujuan pengguna. Sebelum ini, telefon Android dilaporkan menghantar data ke pelayan Google walaupun tetapan lokasi dimatikan pada peranti berkenaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vFTULW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.