Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Kini Hadir Dengan Mi Pad 4 Plus – Hadir Dengan Skrin 10-Inci Dan Sokongan LTE - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Kini Hadir Dengan Mi Pad 4 Plus – Hadir Dengan Skrin 10-Inci Dan Sokongan LTE

Xiaomi Mi Pad 4 adalah tablet terbaru dari Xiaomi. Ia menjalankan MIUI 9 berasaskan Android 8.1 Oreo dan turut mempunyai sokongan nyahkunci berasaskan wajah melalui kamera swafoto dengan bantuan kecerdasan buatan.

Pada awal pelancaran, Xiaomi hanya perkenalkan Mi Pad 4 dengan skrin 8-inci serta dua variasi iaitu WiFi atau LTE. Kini, di kedai atas talian Xiaomi – Mi Pad 4 Plus dengan skrin 10-inci serta sokongan LTE telah mula dijual. Spesifikasi yang hampir sama iaitu janaan cip Snapdragon 660, RAM 4GB dan storan sehingga 128GB. Membezakan Mi Pad 4 dengan Mi Pad 4 Plus selain daripada skrin adalah bateri sebesar 8620mAh dan pengimbas cap jari di bahagian hadapan.

Mi Pad 4 tidak dinafikan agak berbaloi untuk dimiliki, kerana harganya yang berbaloi – skrin yang menarik serta prestasi yang memuaskan untuk permua, penstriman atau juga tugasan asas.

Mi Pad 4 Plus ini dijual pada harga RMB1899 (~RM1130) untuk 64GB dan hanya RMB2099 (~RM1249) untuk 128GB. Pilihan warna yang sama iaitu hitam atau emas. Tapi sayangnya sehingga hari ini ia hanya dijual secara rasmi di China dan tidak di pasaran tempatan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Md8aWX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.