Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menitis Air Mata Baca Berita Ni... Anak Jadi Mangsa, Maut Di Tangan Ayah Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menitis Air Mata Baca Berita Ni... Anak Jadi Mangsa, Maut Di Tangan Ayah Sendiri


Satu kisah yang amat tragis dan menyedih berlaku semalam. Ini apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun telah maut di tangan bapa kandungnya sendiri.

Anak kecil yang tidak berdosa ini dikatakan menjadi mangsa ayahnya yang dalam pengaruh bahan terlarang dan sedang berhalusinasi.

Si ayah yang merupakan peminum airketum tegar telah membunuh anak kandung sendiri menggunakan parang ketika anak kecil itu sedang nyenyak tidur.



Insiden tragis ini berlaku di rumah keluarga berkenaan di Flat Puchong Permai, kira-kira pukul 5.45 petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari mengesahkan perkara berkenaan.

Mangsa cedera teruk apabila ayahnya sanggup menetak anaknya sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan pergelangan tangan kanan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kata pihak polis, ketika kejadian, hanya ada kedua-dua mereka yang berada di rumah.

Suspek berkenaan merupakan anggota Rela dan berusia 35 tahun.



Pihak polis menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.

Polis terus bergegas ke lokasi mendapati anak kecil itu yang merupakan anak tunggal telah menjadi mangsa ayahnya sendiri.

Ini kenyataan pihak polis tentang insiden ini:

"Hasil siasatan awal bapa mangsa dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak sedemikian.

"Suspek mengaku dapat ‘arahan’ bunuh anaknya untuk jadi king"

"Ujian air kencing dapati suspek positif Methamphetamine. Suspek ditahan di tempat kejadian, parang dipercayai digunakan dalam kejadian ditemui dalam rumah."



Suspek sebelum ini mempunyai satu rekod lampau bersabit kes bahan terlarang.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ya Tuhanku jauhkanlah perkara ini dari berlaku di kalangan keluarga kita sendiri. Kepada diluar sana jauhilah bahan terlarang. Sama-sama banteras gejala yang binasa ini. -PENMERAH



Sumber: mStar / Sinar Harian

✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vFhgS2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.