Hi! Welcome Back and Stay Tune! Asal-usul, mula keturunan Melayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Asal-usul, mula keturunan Melayu

Sinar Harian
Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah
Dr Iskandar Hasan
(Ubah saiz teks)
DEWASA ini ramai yang mengkaji mengenai asal-usul Melayu. Sebelum mengkaji Melayu, perlu difahami bahawa sejarah manusia adalah sejarah Islam.
Ini disebabkan semua yang berlaku ke atas manusia hanya wujud selepas turunnya Nabi Adam ke bumi.

Maka dengan ini sejarah manusia bermula daripada Nabi Adam dan bukannya daripada perubahan beruk menjadi manusia.

Sememangnya terdapat makhluk yang serupa dengan manusia tetapi masih belum sempurna digelar manusia sebelum turunnya Nabi Adam.
Disebabkan itu, setiap bangsa manusia bermula dari sirah Nabi dan keturunannya akan menghuni sesuatu bahagian atau wilayah di bumi.   
  
Begitu juga dengan sejarah bermulanya bangsa Melayu. Menurut catatan Ibnu Yusof dalam kitab "Permata Yang Hilang" mengisahkan bahawa permulaan keturunan Melayu adalah hasil perkahwinan Siti Keturah dengan Nabi Ibrahim AS.
Perkahwinan ini berlaku selepas kematian isteri Nabi Ibrahim bernama Siti Sarah. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 2128 SM dan wafat pada 1953SM.

Sebahagian anak-anak hasil daripada perkahwinan tersebut telah berhijrah ke Timur ke wilayah yang dikenali hari ini sebagai Tasik Tonle Sap, lembah Sungai Mekong. Di sinilah lahirnya satu bangsa dikenali Malai atau bangsa gunung.

Tetapi lama kelamaan perkataan Malai digantikan dengan Melayu kerana “ME” adalah perbuatan dan “LAYU” adalah melembutkan besi, tembaga, perak dan emas ke dalam bentuk acuan yang diperlukan dalam kehidupan seperti pembuatan anting-anting, periuk dan sebagainya.

Bangsa ini amat mahir dalam pertukangan besi, tembaga, perak dan emas. Ini disebabkan permulaan kerajaan pertama iaitu Dinasti Kaundiya adalah hasil perdagangan barangan tersebut telah membentuk empayar Funan pada 100 SM.

Kerajaan Funan ini merupakan kerajaan Melayu pertama dan empayarnya sehingga ke Segenting Kra.
Kewujudan amalan dan fahaman kepercayaan yang dibawa oleh golongan yang dihalau oleh Nabi Musa AS semasa berlakunya peristiwa Lembu Sapi, telah berhijrah ke Timur merentasi India sekitar tahun 1447 SM.

Sebahagian golongan ini tinggal di India dan sebahagian lagi tinggal di Funan lalu membentuk agama Hindu. Akibatnya, agama tauhid mulai dilupakan.

Kejatuhan kerajaan Funan telah menyebabkan ramai orang Melayu berhijrah keluar akibat serangan dan tekanan daripada kerajaan Dinasti Lavo dan Champa.

Kebangkitan kerajaan Langka­suka yang menggantikan kerajaan Funan telah membawa satu perubahan kepada bangsa Melayu.

Langkasuka yang meliputi wilayah Setul hinggalah Rudung (Ranong, Thailand) dan Pulau Dua (Kawthoung), Myanmar. Kejatuhan Langkasuka akhirnya digantikan dengan kerajaan Srivijaya pada abad keenam Masihi.
Kerajaan Kedah Tua dan Kelantan merupakan tempat persinggahan dalam perdagangan China dan India.

Walaupun agama Islam dikembangkan tetapi masih minoriti, berbanding masyarakat Melayu yang masih menganut agama Hindu dan Buddha.

Penguasaan empayar Srivijaya semakin lemah menjelang kurun ke-11 Masihi. Keadaan ini menyebabkan Kerajaan Kedah Tua membebaskan diri apabila rajanya memeluk Islam dan menamakan dirinya Sultan Mudzafar Shah 1 yang membentuk Kesultanan Kedah pada 1176 Masihi. Ini diikuti kerajaan Kelantan Lama memeluk Islam.
Bahasa Jawi telah menggantikan bahasa Kenawi yang telah digunakan sejak 3,000 sebelum Masihi lagi.

Gelombang kedatangan Islam kedua paling besar dan memberi impak kepada perubahan agama dalam kalangan masyarakat Melayu.

Contoh, misi ekspedisi Laksamana Cheng Ho yang membawa 80,000 buah kapal. Muhammad Ma Ho diberikan gelaran Laksamana Cheng Ho atau Zheng He. Contoh lain, perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dan juga pertolongan Cek Ko Po yang menubuhkan kerajaan Islam Demak seterusnya meruntuhkan kerajaan Majapahit. Keruntuhan kerajaan Majapahit menyebabkan pengislaman beramai-ramai rakyat Pulau Jawa, Sumatera dan Kalimantan.

Pengislaman kerajaan Melaka berlaku setelah satu peristiwa solat berjemaah di pantai Melaka oleh ketiga-tiga negara iaitu pedagang India Muslim, rombongan Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam dan pedagang Arab Muslim.
Kejadian ini telah mengubah pandangan dan perspektif Parameswara yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Ini merupakan salah satu perubahan ke atas masyarakat Melayu keseluruhannya dari agama Hindu Buddha kepada Islam.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2B3o691

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.