Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nelayan dakwa kena culik dengan alien kulit kedut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nelayan dakwa kena culik dengan alien kulit kedut



Satu kisah gempar telah berlaku di negara yang menerima gelaran Uncle Sam.

Ada seorang lelaki yang bekerja sebagai nelayan membuat pendedahan dia telah diculik oleh dua alien yang menaiki UFO.

Alien berkenaan telah memberinya satu bahan yang menenangkannya sebelum satu pemeriksaan fizikal dilakukan terhadapnya.

Lelaki berkenaan ialah Calvin Parker yang berumur 64 tahun.



Calvin Parker mendedahkan alien tersebut telah menculik dirinya dan juga seorang lagi rakannya bernama Charles Hickson.

Mereka berddua telah ditangkap ketika sedang keluar memancing di Sungai Pascagoula di Mississippi, Amerika Syarikat pada tahun Oktober 1973.

Alien itu menaiki sebuah kapal berbentuk bola ragbi dan menculik mereka berdia pada ketinggian 80 kaki.

Calvin Parker kini telah menulis sebuah buku tentang kisah penculikan itu.

Katanya, alien berkenaan bewarna kelabu dan tiada leher manakala kulitnya berkedut. Calvin Parker juga memberi deskripsi ada satu lagi alien yang kelihatan lebih feminin.

Lelaki ini mendakwa alien tersebut mampu melawan tarikan graviti dan mengapung diri.

Mengimbas kembali kejadian tersebut, Parker berkata: (via mStar)



"Satu cahaya besar keluar dari awan. Ia adalah cahaya yang sangat terang. Sukar untuk diungkapkan, tetapi ia kelihatan seperti bola ragbi."
 

"Saya hanya dapat katakan, hanya menganggarkan, ia adalah kira-kira 80 kaki tinggi. Tak banyak bunyi dapat didengar. Ia hanya bunyi bising"

"Saya rasa mereka menyuntik kami dengan sesuatu untuk menenangkan kami."


Selepas pemeriksaan dibuat oleh alien berkenaan, mereka berdua di pulangkan semula ke tebing sungai.



Kemudian, mereka terus menghubungi pejabat sheriff tempatan dan ujian pengesan pembohongan dijalankan ke atas mereka.

Rakan Calvin Parker iaitu Hickson gembira dengan perhatian media yang meluas susulan dakwaan itu.

Ketika itu, Calvin Parker lebih malu dan cuba menjauhkan diri dari perhatian.

Kini setelah sekian lama akhirnya Calvin Parker bersuara.



"Saya telah melalui hari-hari selama 45 tahun genap Oktober ini. Saya tidak pernah bercakap mengenainya atau mahu bercakap mengenainya.

"Saya tak ramai kawan, tetapi mereka kawan sejati. Mereka tidak pernah bertanya tentang hal itu dan saya tidak pernah bercakap mengenainya. Keluarga saya tidak pernah bercakap mengenainya.

"Saya rasa semua orang patut mendapat penjelasan. Setiap orang mempunyai tarikh tamat tempoh dan saya ingin menceritakan kisah ini sebelum saya mati.

"Saya mempunyai pengalaman nyaris mati dan kesihatan yang tidak baik sekarang. Saya hanya mahu melakukannya.

"Saya pergi memancing pada waktu malam dan melihat ke atas, tertanya-tanya dari mana mereka datang dan sejauh mana perjalanan mereka dan mengapa mereka perlu mendapatkan saya"


Sumber: mStar / MetroUK





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Bg72MO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.