Firefox Untuk iOS Dikemaskini Dengan Sokongan Tema Gelap
Telah menjadi salah satu trend terbaru dikalangan pembangun aplikasi untuk menyertakan sokongan tema gelap bagi memudahkan pengguna menggunakannya ketika waktu malam. Terkini, Mozilla turut mengikut jejak, dan telah menambah sokongan tema gelap pada Firefox untuk iOS.
Melalui kemaskini terbaru, Firefox untuk iOS kini menyertakan sokongan tema gelap yang mana boleh diaktifkan atau dimatikan pada bahagian tetapan.
Dengan sokongan tema gelap ini, ia memberikan lebih keselesaan kepada pengguna ketika melayari web pada waktu malam, dan tidak membuatkan mata kurang selesa kerana kecerahan pada skrin yang melampau berbanding persekitaran anda.
Bagi anda yang menggunakan Firefox pada iPhone atau iPad, anda boleh mengemaskini aplikasi anda dan menggunakan ciri baru ini.
Muat-Turun Firefox untuk iOS
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OCIDmP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment