"Saya 11 kali minum kopi campur peluntur, tak ada kesan sampingan" - Penjual kopi
Seorang penjual produk kopi, membuat kenyataan balas ekoran satu laporan mengatakan ada yang jatuh sakit kerana minum kopi campur bahan peluntur (bleach).
Katnya, sebagai penjual dia turut mengamalkan minum kopi itu dan dia sudah 11 kali minum kopi yang dicampur cecair peluntur (bleach) dan tak ada alngsung kesan.
Penjual berkenaan bernama Rusliza berkata kopi itu mampu meneutralkan bahan peluntur berkenaan apabila dicampur kopi yang dijualnya.
Ini kenyataan dari wanita berumur 25 tahun ini: (SINAR HARIAN)
"Saya sudah 11 kali minum kopi campur peluntur, tiada apa-apa kesan sampingan kerana kopi berkenaan mampu meneutralkan bahan peluntur termasuk racun atau bisa binatang.
"Saya terkejut bila berlaku kes di mana wanita berkenaan memberitahu hampir hilang nyawa selepas minum kopi campur peluntur itu sedangkan orang lain tidak pernah ada sebarang masalah.
"Malah, sejak berita mengenai dakwaan itu tular, Facebook saya juga turut diserang 'keyboard warriors' dan mengecam saya,"
Rusliza merupakan ejen produk kopi berkenaan di kawasan Jeli.
Sebelum ini, menerusi satu laporan, seorang suri rumah mendakwa mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital selepas beberapa jam minum kopi yang dicampur cecair peluntur.
Mangsa bernama Siti Hajar dari Taman Agropolitan Rantau Manis, berkata, dia cuba campuran antara kopi dengan peluntur itu selepas diyakinkan bahawa kopi itu adalah sejenis kopi anti racun.
Amacam korang berani cuba tak? -PENMERAH
Sumber: Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vKJ5bm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment