SPRM tahan bekas Adun Kedah disyaki seleweng RM30,000
Menurut sumber SPRM, lelaki itu disyaki memohon dana itu pada Februari 2017 untuk menganjurkan satu program, bagaimanapun selepas diluluskan wang itu tidak digunakan untuk tujuan berkenaan.
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang bekas Adun negeri ini bergelar Datuk bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana khas menteri besar sebanyak RM30,000.
Sumber SPRM berkata, bekas Adun berumur lingkungan 60-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah kira-kira 4 petang semalam.
Menurut sumber itu, lelaki berkenaan disyaki memohon untuk menggunakan dana itu Februari 2017 dengan tujuan bagi menganjurkan satu program, bagaimanapun setelah diluluskan wang itu tidak digunakan untuk tujuan berkenaan.
Sumber itu berkata, bekas Adun berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Sinar harian
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MbOliB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment