Tips Penting Penjagaan Gigi Kanak-Kanak, Pakar Gigi Ini Tampil Kongsi Caranya..
Gigi amat penting untuk manusia, namun ada juga ambil ringan tentangnya.
Penjagaan gigi harus diterapkan sejak awal lagi iaitu dari zaman kanak-kanak supaya nak kecil ini sedar akan kepentingan menjaga gigi.
Ramai ibu bapa tertanya-tanya bagaimana cara yang betul untuk menjaga gigi anak-anak.
Seorang juruterapi pergigian bernama Sharifah Eyie tampil berkongsi cara nya menerusi laman FB miliknya. Jom baca:
"Tips penjagaan gigi kanak-kanak dari belum ada gigi hinggalah mendapat gigi kekal. Penting untuk ibu bapa tahu
"Saya juruterapi pergigian. Ini adalah karies awal kanak- kanak. Dalam tempoh ini, untuk melatih anak memberus gigi, tidak perlu ubat gigi pada awalnya. Apabila mereka telah terbiasa, boleh mula letak kan ubat gigi berfluorida. Baca di tiub ubat gigi. Ada juga yang tiada fluorida. Boleh google function fluoride di dalam ubat gigi. Maaf saya katakan, ini bukan lah normal, sebalik nya adalah kesan daripada kurang penjagaan dari ibu bapa.
"Seawal bayi tiada gigi lagi, ibu bapa disaran mengelap gusi dengan tuala basah dan arahan sama juga bila kudup gigi susu mula kelihatan. Jaga lah gigi anak anda, tidak kira gigi susu atau kekal kerana pada suatu peringkat, gigi susu akan bercampur dengan gigi kekal. Kerosakan pada gigi susu akan merebak ke gigi kekal dengan senang nya, berbeza jika gigi susu dijaga dengan rapi. Hentikan alasan, mulakan tindakan.
Rules ringkas penjagaan gigi anak-anak :
1. Berus gigi anak sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
- Guna ubat gigi berfluorida (ada dicetak di tiub ubat gigi), jangan tanya jenama apa bagus, saya bukan duta ubat gigi.
- Ada ibu claim gigi anak dia 'memang rosak dari dulu' or 'gigi anak saya rosak macam tu je' memang saya rasa nak tampar laju-laju. Sebab gigi tak akan rosak dari dulu. Bakteria amik masa untuk 'makan' gigi sampai rongak.
2. Pemeriksaan gigi 2 kali setahun.
- Kadang-kadang bila tengok saja nampak macam tak rosak langsung gigi anak. Tapi deep inside dah berongga. Kat luar cantik, kat dalam hollow, kosong. Sebab dah dimakan bakteria.
3. Bagi anak minum susu.
- Minum susu untuk dapatkan kalsium. Kalau dah besar, boleh minum lah pakai cawan. Makanan lain yang berkhasiat pun kena jugak amalkan. Badan sihat gigi pun sihat.
4. Sapuan fluoride.
- Ini penting. Pergi klinik mintak nak sapuan fluoride. Sapuan tu setiap 6 bulan selama 2 tahun, jadi 4 kali semua nya. Penting sebab kalau dah ada karies awal, insha-allah stop. Boleh Google "arrested caries". Gigi rosak pastu kerosakan tu stop. Dari coklat, color dia berubah ke color lebih gelap or hitam.
Sumber : Sharipah Eyie
Itulah caranya. Untuk dapatkan fluoride itu, boleh lah ke klinik gigi. Nak pergi ke klinik gigi kerajaan pun boleh.
Terima kasih kepada Sharifah Eyie kerana berkongsi. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. -PENMERAH
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OyRllE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment