Syed Saddiq Umum PLKN Dimansuhkan Serta-Merta, Ini Puncanya
Melalui satu mesyuarat Kabinet, program Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) telah dimasnsuhkan serta-merta.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengumumkan perkara berkenaan.
Kata Syed Saddiq, keputusan tersebut telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas setelah mendapati PLKN dan BTN telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.
Mesyuarat Kabinet turut menetapkan supaya satu modul dirangka bagi menggantikan kedua program itu.
Jelas Syed Saddiq, perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk Khazanah Nasional Berhad akan diadakan dalam masa terdekat dalam usaha merangka modul tersebut
Ini kenyataannya: (via Astro Awani)
.
"Memandangkan program ini melibatkan kolaborasi merentas kementerian dan agensi, KBS akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan seperti Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pendidikan (KPM).
"Perbincangan turut melibatkan persatuan belia untuk memperhalusi mekanisme pelaksanaan agak program ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan"
Tentang modul baru untuk menggantikan PLKN, Syed Saddiq tidak dapat menetapkan sebarang tempoh.
Untuk itu, kakitangan tetap dan kontrak akan diserap ke dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Angka tentang jumlah kakitangan yang akan diserap akan diumumkan kemudian. -PENMERAH
Ini pengumuman Syed Saddiq (video oleh Star TV)
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Bg6Flo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment