Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Tak sangka orang jaga anak saya berhati BINATANG" - Ibu Mangsa Dera Tak Maafkan Cikgu Berkenaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Tak sangka orang jaga anak saya berhati BINATANG" - Ibu Mangsa Dera Tak Maafkan Cikgu Berkenaan


Satu video cikgu taska mendera kanak-kanak di taska di Cheng, Melaka menjadi viral dan bualan masyarakat.

Ramai yang sedih dengan perbuatan terkutuk cikgu berkenaan yang terus dikecam orang ramai.

Kalau orang ramai sedih dengan kes dera ini, apatah lagi perasaan ibu bapa mangsa berkenaan. Tak dapat dibayangkan apa yang mereka rasakan.



Ibu kepada salah seoang murid yang menajdi mangsa dera telah tampil meluahkan perasaannya.

Jom baca:

BERHATI BINATANG

Assalamualaikum, berkenaan dengan kes dera anak saya tu. Terus terang saya kata kan. Saya langsung tak boleh terima ape yang die dah buat pada anak saya. Saya tak sangka orang yang saya percaye boleh jage anak saya sebenarnye berhati binatang (maaf bahasa kasar). 

Kami bukan dari keluarga yang senang. Yuran bulanan yang mahal iaitu sebanyak rm380 mengharapkn penjagaan yang setimpal dengan harga. Bukan dengan care macam ni. Terus terang saya cakap, sepanjang hantar anak ke situ, cikgu semua nampak baik sangat depan saya. Sampai anak tak nak sekolah saya pikir positif je. Rupanye ini lah sebab nye anak saya tak nak ke sekolah dan die ade juga cerita teacher pukul dina tapi cerita tu sebelum kejadian. Saya tak percaye cakap anak. Dia siap tunjuk kan teacher pukul macam mane. Saya suami isteri masih berfikiran positif. Biar kan je ape yang Dina cakap. setiap kali bukak Fb penuh cerita pasal dina dan video tu sentiasa mnghantui fikiran saya. Hati masih belum boleh terima ape yang terjadi sekarang ni.




HARI INI HARI JADI DINA

Hari ni 14.8.2018 genap ank ummi DINA HANANIA BINTI SHAHRULZAMAN 3 tahun. Perancangan awal nak smbut befday die kat sekolah dengan kawan. Bila dah jadi macam ni... memang tak buatlah. Ni tahun pertama die sekolah dan tahun prtama die dah merasai bende macam ni. Tadi sebelum die tido.. saya ade cakap dengan dia... Dina nak sekolah baru tak? Seronok die bila dengar ummi die nak carikan sekolah baru.. mungkin die rase syurga bila dah tak sekolah situ... tapi saya harap sangat, sekolah baru nanti tolong lah jage anak saya betul... jangan lah benda ni berulang lagi.. kasihan lah bdk yang tak berdosa dianiaya sebegini rupa...

Ape-apa pun saya berterima kasih kepada tuan yang merakam dan pengurus sekolah kerana bertindak cepat.. puan dah melakukan yang terbaik untuk anak yang teraniaya ni...terima kasih sangat.



Akhir skali saya nak wish pada anak saya Dina Hanania Binti shahrulzaman SELAMAT HARI JADI yg ke 3 tahun... semoga kamu jadi anak yang solehah, berbakti pada ibu bapa, cemerlang dalam hidup dan semoga kamu dibawah lindungan tuhan ye nak...





TAK AKAN MAAFKAN SIPELAKU


Kepada siperlaku... saya tak kan maafkan awak smpai bila ...dan saya harap nasib anak saya dan yang lain-lain akan terbela nanti. Tak lupa juga terima kasih sarjan dri ipk kerana bersungguh sungguh utk membela nasib anak kami.


SUMBER: FB Nur Hasriha

Semoga keluarga ini terus kuat dengan dugaan ini. Diharapkan pelaku berkenaan dikenakan hukuman yang berat, sebarat yang mungkin!!

Apapun selamat hari lahir buat Dina. - PENMERAH



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vJvqBn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.