(Konsep) Rekaan OnePlus 6T Dengan Takuk Umpama “Titisan Air”
OnePlus, Oppo dan Vivo adalah di bawah naungan satu syarikat besar, iaitu BBK Electronics. Walaupun ketiga-tiga ini adalah di bawah naungan yang sama, kebiasaannya peranti dengan rekaan yang hampir sama adalah antara Oppo dan OnePlus.
Terbaru, video pengolokan OnePlus 6T telah diperlihatkan. Video ini dihasilkan oleh Waqar Khan, di mana hampir setiap kali video pengolokan yang beliau terbitkan adalah hampir sama dengan produk akhir. Rekaan OnePlus 6T kali ini adalah hampir sama dengan Oppo R17 yang baru dilancarkan semalam.
Jika OnePlus 6 menggunakan takuk yang hampir dengan Oppo R15 – kenapa tidak OnePlus 6T mengikuti Oppo R17? Rekaan skrin baru ini dinamakan sebagai Water Drop Display – di mana saiz takuknya yang kecil seakan titisan air. Selain itu, panel skrinnya juga adalah AMOLED.
Rekaan panel belakang dilihat adalah hampir sama dengan OnePlus 6 – cuma ia kini hadir dengan tetapan tiga lensa dan tiada pengimbas cap jari. Berkemungkinan ia akan menggunakan pengimbas cap jari terbina dalam skrin.
Disebabkan rekaan takuk yang kecil, earpiecenya adalah seakan Mi Mix 2S atau Essential Phone PH-1 – ia terletak di bahagian bingkai atas peranti. Jadi bagaimanakah pendapat anda dengan rekaan ini? Menurut sumber kami, OnePlus 6T akan dilancarkan pada November kelak – jadi untuk maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MoHOAk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment