Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Mi Mix 2S Warna Hijau Zamrud Diperlihatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Mi Mix 2S Warna Hijau Zamrud Diperlihatkan

Xiaomi Mi Mix 2S adalah peranti mercu pertama Xiaomi tahun ini. Ia hadir dengan rekaan nirbingkai dengan dagu di bawah untuk kamera swafoto. Pada masa pelancaran, Xiaomi hanya perkenalkan dua warna sahaja iaitu hitam dan putih dan kedua-duanya adalah diperbuat daripada seramik dan mempunyai binaan premium.

Kini, selepas beberapa bulan – Xiaomi memperlihatkan variasi Mi Mix 2S edisi khas yang berwarna hijau zamrud. Variasi edisi khas ini adalah inspirasi daripada lukisan Dunhuang Murals – iaitu ukiran seni budha daripada kuil gua Mogao pada zaman tahun 366 AD.

Xiaomi turut menawarkan dua jenis set untuk Mi Mix 2S edisi khas ini. Satu adalah ia hadir dengan kotak biasa seperti mana-mana set Mi Mix 2S yang lain. Manakala, lagi satu sedikit istimewa – di mana kotaknya mempunyai rekaan khas dan unik. Menariknya kedua-dua set ini dijual pada harga yang sama dan tiada beza – ia hanya bergantung kepada siapa yang pantas membeli kerana ia adalah terhad.

Varisi ini juga hanya hadir dengan memori 8GB RAM dan 256GB storan dan harganya adalah RMB3999 (~RM2379). Walau bagaimanapun ia hanya dijual di China dan tidak ditawarkan pada pasaran lain.

Sebagai peringatan, Mi Mix 2S dijana dengan Snapdragon 845, sokongan pengecasan nirwayar, dan rekaan unik.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Mu6B6k

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.