Samsung Galaxy S10+ Akan Dilengkapi Tri-Kamera Dengan Lensa Telefoto Dan Sudut Lebar
Huawei mengubah landskap fotografi menggunakan telefon pintar dengan pengenalan sistem tri-kamera pada Huawei P2o Pr0. Menerusi sistem ini, kamera P2o Pro mempunyai kemampuan mengambil gambar pada waktu malam yang terbaik di dalam kelasnya dan menyokong zoom optikal. Samsung Galaxy S10 dipercayai akan turut mengikut jejak langkah P20 Pro apabila ia dilancarkan kelak.
Laporan terkini dari ETNews hari ini mengatakan dua model Galaxy S10 akan menggunakan sistem tri-kamera dan bukannya satu seperti yang didengari sebelum ini. Kombinasi sensor 16+13+12 Megapixel akan digunakan. Sensor 16-Megapixel adalah untuk pengambilan gambar biasa manakala sensor 13-Megapixel pula untuk zoom optikal. Sensor 12-Megapixel pula akan dipadankan dengan lensa sudut lebar.
Pada waktu yang sama sistem tri-kamera turut dipercayai akan digunakan pada peranti Galaxy A9 2019) dengan gabungan kombinasi sensor 32+8+5 Megapixel. Jelas sekali dengan Huawei semakin mendapat perhatian dari pengguna, Samsung perlu proaktif dan mengikut trend semasa.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2nD8Hmc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment