Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perarakan kententeraan luar biasa di Makkah menjelang haji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perarakan kententeraan luar biasa di Makkah menjelang haji

Perarakan kententeraan luar biasa di Makkah menjelang haji
Foto internet
(Ubah saiz teks)
MAKKAH - ARAB SAUDI. Kerajaan Arab Saudi telah mengadakan perarakan ketenteraan yang luar biasa sebelum ibadah haji bermula, semalam.

Perarakan tahunan itu antaranya mempamerkan kekuatan pasukan elit dan aset kerajaan, perbarisan membentuk formasi serta pertunjukan udara menerusi helikopter, di Arafat, di sini.

Selain itu, anggota tentera terlibat turut mengadakan simulasi taktikal antikeganasan antaranya aksi mengejar pengganas menggunakan kereta berkelajuan tinggi dan serbuan terhadap bangunan rekaan tiga tingkat yang diakhiri dengan letupan.

Keamanan dan kestabilan sepanjang musim haji adalah antara kebimbangan terbesar negara itu ketika berjuta-juta umat Islam berkumpul di Kota Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima.
Menurut laman web Pusat Komunikasi Kerajaan Arab Saudi, setakat ini seramai 1,392,739 jemaah haji telah tiba menerusi pengangkutan udara, darat dan laut untuk melaksanakan haji pada tahun ini. - Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2P7NPzR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.