Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Usik Institusi Diraja, Kedudukan Orang Melayu, Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Usik Institusi Diraja, Kedudukan Orang Melayu, Islam


ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mahu perkara-perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tidak diusik bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan dalam negara.

Baginda bertitah, ini termasuk kewujudan institusi Diraja, kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama rasmi.

Titah baginda, undang-undang ini sewajarnya dijadikan rujukan dan sumber penting oleh pemimpin dan rakyat agar keamanan, keharmonian dan kestabilan terus terpelihara.

“Sejak akhir-akhir ini, wujud kecenderungan mengganggu gugat perpaduan, isu nostalgia bangsa, sensitiviti kaum, agama dan kepercayaan ditimbulkan secara sengaja, atas dasar liberalisme dan keterbukaan serta kebebasan bersuara,” titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah ke-14, semalam.

Sultan Sallehuddin juga mahu semua pihak lebih berhati-hati menyuarakan pandangan dan menegur sikap segelintir masyarakat yang kini lebih kerap membincangkan perbezaan berbanding persamaan dan perpecahan berbanding penyatuan.

“Jadikan kepelbagaian itu sebagai faktor penyatuan. Islam berteraskan nilai kesederhanaan dan kesaksamaan dalam ajarannya. Nilai kesederhanaan bererti tidak taksub atau tidak terlalu liberal dalam pemikiran dan perlakuan sehingga gugat kesejahteraan masyarakat,” titah baginda.

Sultan Sallehuddin juga mahu wakil rakyat Kedah mendukung Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dalam pentadbiran negeri ini.


“Jadilah pemimpin yang bijak, yang mengajak rakyat menjadi lebih berilmu dan berdaya saing dalam Malaysia Baharu. Jadilah pemimpin yang utamakan kepentingan rakyat, mudah didekati, ikhlas mendengar suara rakyat, selain beretika, berintegriti, berani, serta berwawasan,” titah baginda.

Baginda juga mahu kerajaan negeri mempunyai hubungan baik dengan anggota Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (KCS) dalam meningkatkan kecekapan tadbir urus negeri.

Malah turut menzahirkan kebimbangan berhubung kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (2018), apabila Malaysia mencatat penurunan tujuh tangga dan berada pada kedudukan ke-62 daripada 180 negara, prestasi terburuk sejak lima tahun lalu.

“Sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan ini membimbangkan. Perkara ini harus dipandang serius dan ditangani segera agar imej Malaysia tidak tercalar di peringkat antarabangsa. Telah hilangkah maruah kita sehingga sanggup memberi dan menerima rasuah?” titah baginda.

Baginda mahu rakyat dididik mengenai keburukan rasuah serta memperketatkan undang-undang anti rasuah, selain bermuhasabah diri.

Dalam konteks ekonomi, baginda berharap peruntukan dalam Bajet Kedah 2018 berjumlah RM1.38 bilion, disalurkan secara berhemah dan turut menasihatkan semua agensi kerajaan dan swasta merancang perbelanjaan dengan teliti dan berbelanja secara berhemah.

“Kedudukan kewangan Kedah bukan pada kedudukan yang baik. Beta harap pihak berkaitan mengenal pasti ketirisan dalam pengurusan kewangan kerajaan negeri. Beta dimaklumkan berlaku isu tunggakan bayaran premium tanah dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak terlibat,” titah baginda. - Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KKe9gc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.