Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bendera Parti BN yang sengaja dipasang terbalik sebagai tanda protes di kawasan DUN Kabong Sarawak segera ditanggalkan oleh pegawai dari MDS! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bendera Parti BN yang sengaja dipasang terbalik sebagai tanda protes di kawasan DUN Kabong Sarawak segera ditanggalkan oleh pegawai dari MDS!




Chee Kadir yang dipilih daripada lapan calon berpotensi untuk kerusi tersebut sebelum ini tampak perlu bekerja keras — bukan sahaja memenangi hati pengundi malah menangani sokongan berbelah bahagi ahli-ahli parti.
Chee Kadir memang orang parti dan anak tempatan Kabong. Namun sebahagian besar perjuangan kepartiannya dihabiskan di Miri. Beliau merupakan Bendahari dan Setiausaha Parti PBB Senadin untuk lebih 20 tahun, dengan baki tujuh tahun kebelakangan ini menjawat Timbalan Datuk Bandar Miri.
Justeru itu, tidak hairanlah ramai yang beranggapan beliau “hilang sentuhan” dengan hierarki parti di kawasan tersebut, kata seorang sumber yang rapat dengan pemimpin parti kawasan yang dihubungi Sarawakvoice.com hari ini.
Katanya, Chee Kadir telah dianggap sebagai “orang luar” dan “payung terjun” — sekali gus mengundang protes dan sabotaj daripada kalangan ahli parti.
Seramai 9,157 pemilih berdaftar layak mengundi di Dun Kabong pada PRN kali ini dengan 65 peratus pengundi adalah berbangsa Melayu, 25 peratus Iban dan 10 peratus lain-lain.

Jelas sumber itu lagi, biarpun kurang disenangi, Chee Kadir mungkin masih menang, tetapi perlu bekerja kuat dan gigih bagi menentang gelora protes.

“Ya, protes penduduk kampung terutamanya kelompok parti PBB sendiri semakin ganas, seganas arus Batang Lupar.
“Mereka kecewa kerana Adenan gagal mendengar suara dan keluh kesah rakyat di kawasan,” tambahnya.
Katanya, perlu diingat, jika mereka berani melaungkan nama Datuk Amar Asfia sebagai calon, mereka juga berani memprotes calon jauh ini.
“Apakah Adenan memilih beliau hanya kerana Adenan mengenalinya sebagai Timbalan Datuk Bandar dan orang lama dalam parti?
“Beliau (Adenan) sepatutnya turun ke bawah dan mendengar suara ahli parti,” jelasnya lagi.
Difahamkan, atas kemarahan meluap-luap, beberapa tokoh penting di kawasan tersebut mula mencari calon yang akan dijadikan ayam sabung bertaraf “Bebas”. Malah beberapa nama daripada baki tujuh calon berpotensi telah dirisik untuk tujuan itu, biarpun mereka telah diminta untuk bersumpah dan berikrar untuk setia dan tidak melakukan sabotaj.
Di peringkat pembangkang, difahamkan beberapa wakil Parti Amanah Negara (PAN) telah mula menggerakkan aktiviti bagi memperkenalkan kesedaran orang ramai akan kehadirannya.
Sumber : http://sarawakvoice.com/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.