Hi! Welcome Back and Stay Tune! Muhyiddin setuju Zahid ganti Najib jadi PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Muhyiddin setuju Zahid ganti Najib jadi PM

muhyiddin_zahid_600

PUCHONG: Jika gerakan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia menyokong pemimpin lain, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.

Timbalan Presiden UMNO yang digantung itu sekali lagi menegaskan, matlamat utama Deklarasi Rakyat adalah untuk mendesak Najib melepaskan jawatannya, bukannya menjatuhkan atau menukar kerajaan sedia ada.

“Ada tuduhan mengatakan kita ini nak menumbangkan kerajaan…tidak! Dalam kes baru-baru ini, mereka (pembangkang) bersama dengan kita, Tun Mahathir dan saya tandatangan Deklarasi Rakyat, mereka juga kata bukan nak jatuhkan kerajaan, kami nak Perdana Menteri undur dan negara ini diselamatkan.

“Kalau dia (Najib) pergi, maka Majlis Tertinggi boleh buat keputusan siapa nak ganti (Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO), orang kata Tan Sri (Muhyiddin) naik ganti, saya tak apa, kalau dikatakan tak ada rezeki itu tak apa, ataupun Datuk Zahid (naik) pun tak apa, sesiapa pun tak apa, itu pun saya tak pasti dengan perubahan sebegitu dapat kembali meyakinkan rakyat untuk menyokong BN,” katanya ketika berucap dalam ceramah ‘Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia’ di Taman Putra Perdana, malam tadi.

Dalam ceramah tersebut, Muhyiddin berkata, beliau pernah dipelawa Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencabar kedudukan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, susulan kemerosotan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

Desakan itu dibuat Dr Mahathir, apabila Najib yang menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika itu, terlalu berlembut untuk bertindak mencabar kedudukan Abdullah bagi jawatan nombor satu negara.

“Tun Mahathir panggil saya, rupanya dia sedang menunggu jawapan Datuk Seri Najib supaya bersedia mengambail alih (jawatan Perdana Menteri daripada Abdullah) dan bertanding jawatan Presiden UMNO.

“Dia (Dr Mahathir) bertanya kepada saya, kalau Datuk Seri Najib esok tak buat keputusan, boleh jadi kita nak suruh awak (Muhyiddin) bertanding (jawatan Presiden dan menjadi Perdana Menteri), saya kata tuan tunggu, biar saya cakap dengan Datuk Seri Najib sekali lagi,” katanya.

Tambah Muhyiddin, ketika UMNO hampir lumpuh di bawah pentadbiran Abdullah, beliau beberapa kali mencadangkan Najib supaya menggantikan Pak Lah, bagi mengembalikan sokongan rakyat.

“Saya bincang dan berkongsi pandangan dengan beliau tentang apa yang berlaku selepas PRU 2008 di bawah Pak Lah, beliau kata ia tidak bagus. Ikut bacaan politik saya, jika Pak Lah terus kekal sebagai Perdana Menteri dengan keadaan isu-isu (yang bangkit), bukan sekadar rasuah dan moral, sebaliknya kepimpinan, maka kemungkinan kita tak dapat bertahan pada PRU13.

“kalau saya tak gesa begitu, saya takut UMNO dan BN kalah pada pilihan raya lepas, bukan untuk kepentingan saya, bukan kerana waktu itu saya dah bercita-cita nak jadi Timbalan Perdana Menteri, tak ada terlintas pun, tapi tujuannya adalah untuk menyelamatkan parti dan kerajaan BN,” tegasnya.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1VmNmct

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.