Bukan Sebarangan Kamera Canon EOS-1D X Mark II Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 25,299
Siapa yang tidak mengenali Canon dengan penawaran peranti kamera professional dan juga solusi percetakan dari mereka. Hari ini mereka telah mengumumkan sejumlah produk terkini untuk pasaran tempatan dan turut membawakan ‘raja’ untuk siri EOS mereka iaitu EOS-1D X Mark II.
Ia digelar raja siri EOS memandangkan kamera ini membawakan spesifikasi tertinggi dan fungsi-fungsi terbaru yang canggih bagi memberikan kelebihan dan memudahkan jurukamera menggunakannya. Sensor pengimejannya menggunakan sensor 35mm full-frame CMOS dan mempunyai kadar ISO sehingga 409,600 dan cip pemprosesannya pula menggunakan dua cip DIGIC 6 dan disertakan sensor pengukur inframerah (IR Metering Sensor).
Jika anda sedang mencari kamera professional dengan kualiti rakaman video yang tinggi, Canon EOS-1D X Mark II mampu merakam video 1080p pada kadar 120fps, membolehkan rakaman pada pergerakan perlahan dilakukan. Kamera ini juga mampu melakukan rakaman video 4k malah pada kualiti yang lebih tinggi iaitu pada 60fps. Namun rakaman tersebut hanya mampu dilakukan sepanjang 29 minit 59 saat, dan pengguna perlu memulakan rakaman semula untuk meneruskan proses rakaman seterusnya.
Dari segi penggunaan, komponen kamera ini mampu bertahan sekitar 400,000 ketik shutter, satu tempoh yang agak lama. Terdapat juga komponen GPS yang boleh merekodkan maklumat lokasi terhadap gambar yang dirakam. Binaan peranti ini juga kalis tempias dan juga tahan gegaran dan tahan hentakan, bagi memastikan komponen selamat dan sesuai untuk digunakan pada segala keadaan cuaca. Raja segala EOS ini akan dijual pada harga RM 25,299 (Tidak termasuk GST) dan tidak disertakan dengan lensa.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1Np9Q4V
Post a Comment