Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya masih percaya MB sekarang – Sultan Johor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya masih percaya MB sekarang – Sultan Johor

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menzahirkan kepercayaan penuh terhadap kemampuan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan kepimpinan negeri.

Menurut laporan Utusan Online, baginda turut memuji Mohamed Khaled yang berjaya meletakkan nama Johor dalam peta Asia.

“Saya masih percaya menteri besar sekarang dan yakin dengan barisan kepimpinan kerajaan negeri sedia ada.

“Saya harap tidak ada ahli di dalam dewan ini yang menjadi musuh dalam selimut cuba mengganggu kestabilan politik yang tegap kukuh di negeri Johor ini,” titah baginda ketika merasmikan Perasmian Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, hari ini.

Sebelum ini, ahli UMNO, Shukur Mohamad mendakwa ada gerakan cuba menjatuhkan Mohamed Khaled oleh kumpulan penyokong Presiden UMNO yang diketuai seorang timbalan menteri.

Dalam perkembangan lain, Sultan Ibrahim turut mencadangkan penubuhan sebuah bank milik kerajaan negeri yang dinamakan Bank of Johor.

Baginda bertitah, bank itu boleh memberi perkhidmatan kewangan kepada rakyat Johor, tidak terhad kepada pinjaman perumahan dan pembiayaan projek pembangunan, tetapi untuk tujuan simpanan dan pelaburan juga.

“Dengan rizab tunai negeri ini mencecah RM3 bilion dan pendapatan kerajaan negeri serta entiti milik negeri sebanyak RM7.5 bilion setahun, sudah tentu mereka boleh menjadi pemegang saham Bank of Johor,” katanya.

Sementara itu, cadangan Sultan Ibrahim itu disambut baik anakandanya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyifatkan penubuhan Bank of Johor mampu membantu rakyat negeri itu.

“Saya berasa amat gembira dan bersyukur, kerana dengan tilik pandang jauh DYMM Ayahanda saya, wujudnya ‘Bank of Johor’ bagi membantu Bangsa Johor yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan, bukan sahaja untuk tujuan pinjaman perumahan atau pembiayaan projek pembangunan, tetapi juga untuk simpanan tabungan dan pelaburan,” tulis Tunku Mahkota Johor menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1T5HocR

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.