Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tebusan hubungi bapa maklumkan mereka selamat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tebusan hubungi bapa maklumkan mereka selamat

Wong Teck Kang

PETALING JAYA: Seorang daripada empat tebusan Malaysia yang diculik dari perairan Sabah awal bulan ini, menghubungi bapanya pada malam Selasa bagi memaklumkan mereka berada dalam keadaan selamat.

Keempat-empat mangsa culik dari Sarawak itu adalah Wong Teck Kang, 31, Wong Teck ChIi, 29, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34 yang merupakan anak kapal tunda berdaftar di Malaysia, MV MASSIVE 6 yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan berdekatan Pulau Ligitan, ketika dalam perjalanan pulang dari Filipina ke Malaysia, pada 1 April lalu.

Ibu kepada Johnny yang dipetik Borneo Post Online mengesahkan, Teck Kang telah menghubungi bapanya, Chee Ming namun tidak mendedahkan di mana mereka berada.

Wanita itu berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada polis dan Kerajaan Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina untuk menyelamatkan empat anak kapal dari Sarawak itu dan membawa mereka pulang ke tanah air dengan selamatnya.

“Kami hanya mampu berdoa dan berharap sekarang,” katanya.

Ibu Johnny bagaimanapun tidak mendedahkan jika kumpulan penculik itu ada meminta wang tebusan.

Menurutnya, beliau mendapat tahu Teck Kang telah menghubungi bapanya, kerana kedua-dua keluarga itu adalah jiran di Pulau Li Hua.

Sementara itu, agensi berita BERNAMA melaporkan, Kementerian Luar telah memanggil Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia, Jose Eduardo Malaya untuk mengulangi permohonan kerajaan bagi mendapatkan bantuan Filipina untuk membebaskan empat warga Malaysia itu.

Difahamkan, empat tebusan Malaysia yang dalam tahanan kumpulan pengganas Abu Sayyaf itu, kini disembunyikan di kawasan pergunungan Patikul, Pulau Jolo.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Q8ssGj

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.