Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kami Macam Pengganas, Tak Dibenar Masuk Sarawak” kata Datuk Jamal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kami Macam Pengganas, Tak Dibenar Masuk Sarawak” kata Datuk Jamal



KUCHING: Tidak dapat dipastikan sebab atau punca mereka dihalang dari memasuki Sarawak, namun Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Yunos menyifatkan langkah tersebut sangat mengecewakan beliau dan rakan-rakannya.

Jamal dan rombongan telah dihalang masuk ke negeri ini sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Menurutnya beliau dan rakan-rakan ke Sarawak bertujuan untuk membantu Barisan Nasional (BN) berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, namun berasa sangat kecewa dengan perintah larangan tersebut.

“…kami macam pengganas, tak dibenarkan masuk Sarawak, kami sangat kecewa” katanya ringkas dalam satu video pendek yang disebar menerusi aplikasi Whatsapp.

Video tersebut dipercayai dirakam ketika beliau dan rakan-rakan berada di pejabat Immigresen KIA, sebelum proses penghantaran balik ke Kuala Lumpur.

Tiga lagi rakannya turut dihalang memasuki Sarawak ialah Ariffin Abu Bakar, Rahim Ibrahim dan Razali Zakaria.

Berikutan insiden tersebut, Jamal dijadualkan mengadakan sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 4 petang ini. - Sarawakiana

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.