Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kuku tangan dan kaki Kevin Morais hilang – Pakar forensik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kuku tangan dan kaki Kevin Morais hilang – Pakar forensik

kevinKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, kuku tangan dan kaki Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kevin Morais hilang dan sehingga kini masih belum ditemui.

Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Nurliza Abdullah, 51, berkata pemeriksaan mendapati kaku mangsa telah hilang dan pencarian dalam guni yang digunakan untuk membungkus mayat, juga gagal menemui kuku.

“Ketika kita keluarkan mayat (Kevin Morais) daripada guni, tidak ada kuku tangan dan kaki pada mayat dan tidak kelihatan juga dalam guni (tempat mayat Kevin diletakkan).

“Ketika guni yang diisi dengan mayat telah dikeluarkan juga, saya dapati di dalam tong drum juga tidak ada. Yang ada cuma simen, batu kerikil dan cecair,” katanya ketika pemeriksaan balas peguam, Datuk Geethan Ram Vincent pada perbicaraan hari keenam kes pembunuhan Kevin Morais.

Ditanya sama ada kuku itu mungkin jatuh di kawasan lain, Dr Nurliza berkata: “Tidak ada kebarangkalian kuku jatuh di tempat lain”.

Beliau juga tidak bersetuju kehilangan kuku si mati itu adalah perkara luar biasa.

Katanya , ia terjadi kerana mayat Kevin telah mengalami pereputan sehingga menyebabkan kulit pada tangan dan kaki menggelupas.

Beliau juga tidak setuju sekiranya kuku si mati itu jatuh di kawasan lain.

“Saya tidak mempunyai alasan kenapa kuku (Kevin) tidak dijumpai. Apa yang pasti mayat telah mengalami pereputan menyebabkan kulit pada kuku tersebut menggelupas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbicaraan terhadap pakar patalogi tentera, Kolonel Dr. R.Kuneseegaran, 53 yang didakwa bersubahat dengan enam lelaki untuk membunuh Kevin Morais, 55, dalam perjalanan dari rumah mangsa di Jalan Dutamas Raya, Sentul di sini ke No.1, Jalan USJ 1/6D Subang Jaya dekat sini, antara pukul 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015.

Ketua Makmal Patalogi, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) yang kini digantung tugas, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 akta sama.

Enam lagi tertuduh iaitu empat penganggur, G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K.Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath 26, pelajar kolej, S.Ninalan, 23, dan pemberi pinjaman wang, S.Ravi Chandran, 45 didakwa membunuh mangsa pada masa, tarikh dan tempat sama dan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan terhadap saksi ke-11 itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1T5DLDE

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.