Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hanya 396 dilindungi dari 55,287 pemberi maklumat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hanya 396 dilindungi dari 55,287 pemberi maklumat

BHEUU

KUALA LUMPUR: Hanya 396 daripada 55,287 pemberi maklumat dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat sejak ia diperkenalkan pada 2010.

Jumlah itu didedahkan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Akhzailina Md Akhir.

“Pada tahun 2010 sehingga 2015, seramai 55,287 pemberi maklumat. Manakala, pada tahun lalu, seramai 12,527 individu tampil menyalurkan maklumat.

“Bagaimanapun, jumlah pemberi maklumat yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat hanya seramai 369 orang,” katanya yang menjadi panel dalam program ‘Breakfast Talk’ bertajuk ‘Pemberi Maklumat Wajib Dilindungi’ di Institut Integriti Malaysia (IIM), hari ini.

Menjawab mengapa jumlah yang dilindungi berkurangan daripada jumlah sebenar, Pegawai KPI Kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, Shuhairoz Mohamed Shukeri menjelaskan ia tertakluk di bawah Seksyen 11 (1)(A) hingga (F).

Katanya, seksyen itu menjelaskan kriteria-kriteria terhadap pemberi maklumat yang harus dilindungi.

“Memang pada awalnya pemberi maklumat diberikan perlindungan mengikut akta tersebut tetapi selepas siasatan dilakukan, kita dapati ia bukan maklumat yang tulen.”

“Maksudnya dia lapor sebab nak jatuhkan orang lain,” jelas Shuhairoz, “Kebanyakan yang memberi maklumat juga merupakan individu yang mahu berlindung disebalik kesalahan yang dilakukan.”

Daripada pemeriksaan FMT, sebab-sebab lain yang membawa kepada pembatalan perlindungan adalah pemberi maklumat sendiri telah menyertai kelakuan tidak itu atau pendedahan dibuat semata-mata untuk mengelak daripada dibuang kerja atau dikenakan tindakan tataterbib.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1qJ9jpI

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.