Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ceramah Zakir Naik: Kuasa di tangan universiti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ceramah Zakir Naik: Kuasa di tangan universiti

idris jusohSUBANG JAYA: Pihak pentadbiran universiti mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada mereka mahu menganjurkan sesebuah forum atau sebaliknya.

Sehubungan itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menegaskan, pihak universiti tidak perlu menghantar surat kepada kementeriannya untuk meminta kebenaran bagi menganjurkan sesebuah forum.

“Mereka tidak perlu hantar surat kepada saya, kerana universiti itu dikendalikan naib canselor dan senat.

“Ia sama dengan cuaca panas. Wartawan selalu tanya saya jika universiti perlu ditutup. Saya selalu beritahu mereka, kami ada profesor universiti yang lebih tahu mengenai cuaca berbanding menteri-menteri,” katanya dalam sidang media selepas Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kontroversi syarahan umum oleh pendakwah dari India, Dr Zakir Naik yang bakal diadakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Ahad ini.

Syarahan umum Dr Zakir bertajuk ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ yang dijadual diadakan Ahad ini pada mulanya dibatalkan sebelum ia diteruskan, selepas tajuknya ditukar kepada ‘Women’s Rights In Islam’.

Idris berkata, arahan membatalkan forum ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ itu bukan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Arahan itu tidak datang daripada saya, tetapi daripada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar). Mereka ubah topik (syarahan umum itu), selepas berbincang dengan Ketua Polis Negara.

“Universiti-universiti mempunyai autonomi dan mereka boleh memutuskan apa yang terbaik. Bagaimanapun, saya nasihat mereka untuk lakukan apa yang mampu, dengan mengambil kira sentimen rakyat,” katanya.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1TSM881

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.