Hi! Welcome Back and Stay Tune! Persela PJ mengukuhkan kedudukan di persada Liga Futsal Kuching LSC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Persela PJ mengukuhkan kedudukan di persada Liga Futsal Kuching LSC

KUCHING: Persela PJ mengukuhkan kedudukan di persada Liga Futsal Kuching LSC selepas mencatat kemenangan besar 19-1 dengan membenam Marr SC di gelanggang futsal Sports Planet Kuching semalam.

Gol-gol Persela PJ dijaringkan oleh Ahmad Faiz Bujang (3), Mohamad Asrulah Drahman (3), Muhammad Nur Hanafi Murzuki (3), Ismail Ahmad (2), Mohd Faizal Zamri (2), Mohammad Azierul Joss (2), Wan Muhammad Azhar Wan Ahmad (1) dan Muhammad Nizam Zubir (1).

Sementara Md Dzohrill Hafeeq Ismawi (1) dan Mohd Izzmal Aizza Tuah (1) manakala gol sagu hati Marr SC dijaringkan oleh Dyrrick Giggs Biki.

Ini merupakan kekalahan kedua Marr SC dalam tempoh dua hari selepas mereka tumbang kelmarin di tangan Printec dengan jaringan 2-3.

Mozaco R.B pula menundukkan Printec 5-1 pada perlawanan berlangsung di sebelah pagi.

Gol-gol Mozaco R.B dijaringkan oleh Mohd Affendi Julaihi (2), Mohd Insanul Mohd Salihen (1), Mohamad Syafiq Musa (1) dan Fadly Adzwardy Tahir (1) manakala gol Printec dijaringkan oleh Mohamad Firdaus Asmadi.

Turut mencatat kemenangan kedua KKR Axis selepas membenam Borneo Island dengan 4-3 dalam perlawanan terdahulu yang berlangsung sengit.

Manakala ASPA81 KTT FT tewas 2-6 di tangan MBSB.

Kesemua perlawanan akan bersambung minggu depan.



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1pwm99J

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.