Pesta Kaul Mukah telah ditetapkan pada 6-8 Mei 2016. JOM KAUL!
MUKAH: Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak dengan Kerjasama Persatuan Melanau Bahagian Mukah dan Pejabat Residen Bahagian Mukah sekali lagi menjadi penganjur Pesta Kaul Mukah tahun ini di Tapak Kaul Kala Dana pada 6, 7 dan 8 Mei depan. Pengumuman ini khas ditujukan kepada orang ramai yang berada di seluruh Sarawak dan pengunjung Pesta Kaul Mukah dari luar Sarawak, seperti dari Semenanjung Malaysia, Sabah serta negara- negara luar.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Melanau Mukah (2016-2017), Jennifer Sukor@ John , tarikh ini adalah satu tarikh yang telah ditetapkan melalui satu mesyuarat sempena Pesta Kaul Mukah 2016 yang telah diadakan sebelum ini.
Katanya, Pesta Kaul kali ini tidak dapat dilangsungkan dalam bulan April seperti biasa disebabkan tarikh asal Pesta Kaul Mukah yang pada mulanya dirancang pada penghujung bulan April, kemungkinan akan bertindih dengan tarikh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11. Selain itu, Persatuan Melanau Mukah telah mengadakan mesyuarat Agung yang mana jawatan Penaung Persatuan dipegang oleh Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Dr. Muhammad Leo Toyad.
Dalam mesyuarat tersebut juga melantik Datu Sarudu Hoklai sebagai Penasihat I, Dato Alexander Mayor menjadi Penasihat II dan Dr. Osman Rafaie memegang jawatan sebagai Penasihat III. Presiden Persatuan Melanau Mukah disandang oleh Kr. Abdul Yakub Arbi, Naib Presiden Kr. Raymund Joseph Tanin. Jawatan Setiausaha Agung dipegang oleh Jennifer Sukor dibantu oleh Harapi Charles Inggu, Bendari Kehormat ialah Pengiran Saifudzin Pengiran Mahtar dan penolongnya Diana Stanislaus.
Manakala Ahli Jawatankuasa Persatuan Melanau Mukah 2016-2017 dibarisi oleh KK Philip Yusup Jabar, Royston Valentine, Atiah Mohamad Ali, Ahmad Mahmud Jakriah, Penghulu Jasni Ramli, Hafizzul Abdul Halim, Narawi Spawi, Penghulu Jaraee Tagasan dan Nur Afidah Akim.
Post a Comment