Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rajagobal ternyata kecewa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rajagobal ternyata kecewa

Oleh Harry Ilias//

DIBENTES: Pemain Sarawak, Syahrul Azwari dibentes oleh pemain Pahang, Mohd Faisal Rosli pada perlawanan Liga Super 2016 di Stadium Negeri malam kelmarin. — Gambar Bernama

DIBENTES: Pemain Sarawak, Syahrul Azwari dibentes oleh pemain Pahang, Mohd Faisal Rosli pada
perlawanan Liga Super 2016 di Stadium Negeri malam kelmarin. — Gambar Bernama

Pemain-pemainnya melepaskan deretan peluang menjaringkan gol ketika menentang Pahang

KUCHING: Pengendali Sarawak, Datuk K Rajagobal ternyata kecewa apabila pemain-pemainnya melepaskan deretan peluang untuk menjaringkan gol pada pertemuan menentang Pahang yang berkesudahan terikat 1-1 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini malam kelmarin.

Menurutnya, pemain-pemain telah melepaskan peluang terbaik untuk mengutip tiga mata penuh bagi menjarakkan mereka daripada zon penyingkiran.

“Secara keseluruhan ini adalah persembahan terbaik Sarawak daripada sembilan perlawanan yang kita lalui sebelum ini.

“Namun, saya amat kecewa kerana kita sekadar seri (mengutip satu mata) tetapi kita kena terima hakikat bahawa Sarawak tidak kalah pada perlawanan ini,” katanya diminta mengulas perlawanan tersebut di sini malam kelmarin.

Katanya, selain faktor beraksi dalam keadaan tertekan faktor lain ialah ketiadaan beberapa tonggak utama akibat kecederaan ternyata membataskan peluang mereka untuk mencatat kemenangan.

“Saya tidak mahu memberi alasan tetapi kita bermain tanpa K Gurusamy, Gilmar Da Silva dan Ronny Harun. Pilihan pemain-pemain agak terlalu terhad dan kita tidak banyak pilihan,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau yakin keputusan tersebut sedikit sebanyak menyuntikkan keyakinan semua pemain untuk menghadapi perlawanan akan datang.

Keputusan itu tidak mengubah kedudukan Sarawak di tangga tercorot liga dengan mengumpul enam mata.

Pada perlawanan malam kelmarin, pemain import tengah Junior Aparecido meledakkan gol Sarawak pada minit ke-29 selepas menerima umpanan cantik daripada Syahrul Azwari Ibrahim.

Pahang berjaya menyamakan kedudukan selepas Dalibor Volas memanfaatkan kekalutan di hadapan gawang Sarawak pada minit ke-54.

Tersentak dengan jaringan itu, pemain-pemain Sarawak menggandakan asakan ke gawang lawan dan memiliki beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan.

Pada minit ke-77, Tommy Mawat berjaya mengelecek tiga pertahanan Pahang namun ledakkannya sekadar menggegar sisi gawang lawan.

Percubaan dari jarak jauh Junior pada lewat perlawanan juga gagal menghasilkan keputusan positif.

Sarawak akan menentang Terengganu pada 4 Mei depan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Vwq7NG

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.