Hi! Welcome Back and Stay Tune! Skuad tinju Sarawak berguru Thailand lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Skuad tinju Sarawak berguru Thailand lagi

GIMIK: Rahman (kiri) dan Stephen melakukan gimik bertinju semasa sesi ‘sparring’ di Betong semalam.

GIMIK: Rahman (kiri) dan Stephen melakukan gimik bertinju semasa sesi ‘sparring’ di Betong semalam.

KUCHING: Skuad tinju SUKMA Sarawak sekali lagi berguru di Bangkok, Thailand bermula 20 Mei 2016.

Menurut Presiden Persatuan Tinju Sarawak (SABA) Datuk Rahman Lariwoo, latihan kedua di bumi Gajah Putih itu bertujuan memantapkan persiapan atlet-atlet tinju negeri menghadapi SUKMA XVIII yang akan berlangsung dari 22 hingga 31 Julai depan.

“SABA sekali lagi akan menghantar atlet-atlet berlatih di Thailand pada pertengahan Mei depan sebagai langkah memantapkan persiapan skuad tinju kita,” katanya pada sesi ‘sparring’ bersama petinju 1Divisyen di Betong semalam.

Rahman berkata, ini merupakan sesi latihan terakhir skuad tinju Sarawak sebelum menghadapi SUKMA XVIII pada Julai depan.

Sesi latihan pertama skuad tinju di Bangkok, Thailand diadakan pada Januari lalu.

Menurut Rahman, menariknya sesi latihan kali ini adalah penampilan dua ikon tinju terkemuka iaitu Sapok Biki dan jaguh dari Filipina, Jorven Jordan.

Kedua-dua mereka akan membantu melatih petinju-petinju negeri bersama tiga jurulatih sedia ada.

Selain itu, tiga lagi petinju dari Filipina Roilo Golez, Sonney Katiandangho dan Roldan Bullong akan tiba di sini untuk menjadi ‘sparring’ kepada petinju-petinju negeri.

“Jorven tiba di sini pada 4 Mei depan dan membantu melatih petinju kita sehingga SUKMA XVIII bermula.

“Saya percaya kehadiran Jorven merupakan juara WBO dan Sapok bekas petinju terbaik negara akan menaikkan semangat petinju untuk memberi aksi mantap pada SUKMA XVIII nanti,” katanya.

Hadir sama Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw.



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Vwq7xg

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.