6 Lokasi Menakjubkan di Bumi Kenyalang Yang Akan Membuatkan Anda Jatuh Cinta Pada Sarawak!
Klik gambar mana tahu tuah menanti anda!
Sarawak sememangnya menjadi destinasi pilihan bagi pengemar dan pengembara yang suka akan keindahan alam semula jadinya. Berikut dikongsikan bersama 6 lokasi pilihan yang menjadi tempat tarikan di Sarawak.
1. Air Terjun Lusong Laku
Sebuah pemandangan alam yang cukup eksotik - air terjun Lusong Laku yang menyerupai Niagara Falls. Panorama alam yang indah ini terletak di Lusong Laku, hulu Sungai Linau, Belaga, Kapit, Sarawak.
Untuk menjejakkan kaki ke laman desa ini, pengunjung perlu menaiki pacuan empat roda melalui denai balak. Perjalanan daripada Bandar Bintulu ke Lusong Laku memakan masa antara 10 jam hingga 12 jam lamanya.
2. Air Terjun Julan
Air terjun Julan, air terjun terbesar di Sarawak yang terletak di Taman Negara Usun Apau, Ulu Baram, Miri. Usaha menjejaki air terjun ini adalah sukar kerana perlu meredah hutan tebal dan lokaliti air terjun ini terletak jauh di pedalaman.
Bagi yang mahu melawat air terjun ini, sebaiknya dapatkan khidmat pemandu pelancong atau perhutanan bagi mengelakkan anda tersesat di hutan tebal. Sudah tertentu, perjalanan ke sana juga memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang asas.
3. Bukit Mabong
Imej bukit yang merupai bentuk gajah dalam foto ini dinamakan sebagai Bukit Mabong. Bukit ini terletak di sebuah perkampungan terpencil di pedalaman Kapit, Sarawak iaitu perkampungan Sungai Tunoh.
Bentuk Bukit Mabong menyerupai gajah
Kredit foto @ cascd morris
Dari jarak jauh, akan kelihatan dengan jelas bentuk bukit ini seolah-olah seperti gajah yang sedang berbaring dan saling membelakangkan antara satu sama lain.
Cara untuk sampai ke perkampungan ini, dari pekan Kapit, ambil perkhidmatan van ke Mujong. Perjalanan menggunakan van adalah selama 45 minit. Kemudian, pengunjung perlu menggunakan khidmat perahu bagi menyeberangi Sg. Balleh. Dari Sg Balleh, pengunjung akan meneruskan perjalanan dengan menaiki pacuan empat roda (Hilux). Pengunjung akan mengharungi perjalanan selama 3 jam sebelum tiba di kampung Sungai Tunoh, Kapit, Sarawak.
4. Pantai Tusan Bekenu
Batu yang terletak di Pantai Tusan Bekenu, Miri ini menyerupai bahagian kepala seekor kuda seolah-oleh sedang meneguk air!
Batu yang menyerupai kepala kuda yang sedang meneguk air
Kredit foto @ Steven Teo
5. Sea Stack Bako
Sea Stack yang terletak di Taman Negara Bako, Kuching kini sudah begitu sinonim ddan menjadi mercu tanda bagi taman ini.
Bentuk batu yang dikatakan menyerupai kepala ular tedung
Kredit foto @ Christian H.
Tidak lengkap jelajah ke Kuching, Sarawak sekiranya tidak merakamkan foto kenangan di Sea Stack Bako ini. Bentuk batu ini dikatakan menyerupai kepala ular tedung yang muncul dari air.
6. Puncak Mulu atau Mulu Pinnacles
Puncak Mulu atau Mulu Pinnacles di Taman Negara Mulu merupakan antara tempat tarikan bagi para pelawat dan pelancong yang datang ke Miri.
Batu tajam pelbagai formasi
Kredit foto @ William Leong Tzyy Shyuan
Puncak Mulu berlatar batu tajam pelbagai formasi yang terbentuk akibat hakisan ini merupakan tempat "mesti" bagi pengunjung rakam foto kenangan.
Kredit : Borneo Dihati
Post a Comment