RAKYAT MARHAEN
RAKYAT MARHAEN |
- MP Segambut buat laporan SPRM mengenai wang tebusan
- Giliran Nik Abduh pula digesa bertaubat
- Calon KEADILAN ditembak mati di Miri
- Polisi MAS benarkan kami tidur, kata kakitangan diberhentikan
- Wan Saiful pertahan TMJ dalam kes dihina di FB
- TERIMA KASIH SEMUA, JADIKAN KEKALAHAN MEDAN MUHASABAH UNTUK PRU-14
- Pasca PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar : Mengapa PH wajib mengelak "duri hijau" yang ditabur BN
- ‘Negeri Serambi Mekah kotor, memalukan’ - Agus
- 7 pengajaran PRK: Najib bukan bodoh, PAS rugi besar
- The Chinese swing
- ‘Sebelum BN ambil alih Selangor, jadi pembangkang cekap’ - DAP
- Tinggalkan Dr M, nasihat PSM kepada pembangkang
- Penganalisis: Kegagalan terima kekalahan antara ciri diktator
- GANJARAN PAHALA SELAMATKAN NEGARA LEBIH BESAR DARIPADA DUDUK DI ATAS SEJADAH
- Nik Abduh & Rahman Dahlan Serang Mahathir, Amanah Pertahan...
- Surat tunjuk sebab kepada Pas Kelantan
- Jambun: Pembangkang perlu berdiri atas prinsip, bukan pakatan celaru
- PAS : Kami kuat daripada PAN, dapat undi kerana DAP, PKR
- PAS timbang talak dengan PKR - Mohd Amar
- AMANAH bukan lawan sebenar PAS - Mohd Amar
- MANA SATU YANG BETUL & BOHONG ??!!
- Kalau 'derma' RM2.6 bilion pon AG Apandi boleh tolong bersihkan..
- Keangkuhan pembangkang bawa padah
- Mahathir berikrar lawan tetap lawan
- PAS: AMANAH akan hilang deposit tanpa DAP, PKR
MP Segambut buat laporan SPRM mengenai wang tebusan Posted: 20 Jun 2016 08:46 PM PDT
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menempelak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana mengalihkan perhatian berkenaan wang tebusan kepada keluarga mangsa culik.
Lim berkata, pihak polis dan kerajaan seharusnya bertanggungjawab oleh kerana keluarga mangsa tidak dimaklumkan mengenai RM12 juta telah didermakan kepada badan amal dan tidak digunakan untuk tebusan, seperti mana yang didakwa oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Lim berkata demikian selepas membuat laporan mengenai isu wang tebusan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur. Manila Times semalam melaporkan kumpulan militan Abu Sayyaf hanya menerima RM8.8 juta wang tebusan sebagai pertukaran bagi membebaskan empat rakyat Malaysia berasal dari Sarawak selepas berada selama 67 hari dalam kurungan. Laporan itu memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai mendakwa bahawa baki wang itu telah diambil oleh pegawai-pegawai kerajaan. |
||
Giliran Nik Abduh pula digesa bertaubat Posted: 20 Jun 2016 08:09 PM PDT Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia berkata pemimpin PAS itu juga wajib bertaubat kerana bersekongkol dengan pemimpin yang tidak amanah.
PETALING JAYA: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz digesa supaya berdiri di kaki sendiri dan bukannya bergantung kepada kekuatan arwah bapanya. Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata pemimpin PAS dan Nik Abduh juga wajib bertaubat kerana bersekongkol dengan pemimpin yang tidak amanah dan tiada integriti. "Nasihat kami kepada Nik Abduh, zaman Tok Guru Nik Aziz sudah habis. Jika hendak dibandingkan dengan zaman ini, ibarat langit dan bumi. "Pesan kami pada Nik Abduh, cari kekuatan sendiri bukan kekuatan arwah bapanya," katanya ketika dihubungi FMT, hari ini. Rushdan turut mempersoalkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu semula apabila mendakwa Dr Mahathir yang juga penaung GKCM sudah kehilangan taringnya. Beliau berkata, PAS sendiri harus menilai semula kekuatan parti Islam itu selepas menerima undi terendah dalam dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. "Taring PAS tidak tercabut ke dari 18,000 pada PRU13, sekarang tinggal 6,000 saja," katanya. Semalam, Nik Abduh menggesa Dr Mahathir kembali semula kepada Allah dengan bertaubat sebenar-benarnya dan itulah perkara yang terbaik perlu dilakukannya di hujung hayat. Dr Mahathir juga perlu membanyakkan masa berada di tikar sejadah dan di hadapan Kaabah. PAS yang bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu tewas di kedua-dua kerusi. |
||
Calon KEADILAN ditembak mati di Miri Posted: 20 Jun 2016 08:00 PM PDT Bill Kayong dilaporkan ditembak di leher sebaik saja keluar daripada kereta kira-kira 9.20 pagi tadi.
Calon kerusi Bekenu pada PRN Sarawak pada Mei lalu, Bill Kayong mati ditembak. Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengesahkan Bill mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shopping Mall di Senadin, Miri. "PKR baru terima berita saudara Bill Kayong, calon kerusi N71 Bekenu pada PRN Sarawak lalu, mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shopping Mall di Senadin, Miri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Bill dilaporkan ditembak di leher sebaik saja turun dari kereta kira-kira 9.20 pagi tadi. Beliau yang juga seorang peguam sering memperjuangkan isu sosial dan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak. Mangsa tewas dalam pertembungan empat penjuru kepada calon BN Rosey Yunus dalam PRN Sarawak lalu |
||
Polisi MAS benarkan kami tidur, kata kakitangan diberhentikan Posted: 20 Jun 2016 07:50 PM PDT Beberapa kakitangan Malaysia Airlines Bhd (MAS) yang telah diberhentikan mengingatkan ketua pegawai ksekutif syarikat penerbangan itu,Christoph Mueller bahawa polisi syarikat membenarkan anak kapal dan kakitangan teknikal dalam penerbangan jarak jauh berehat.
Menurut mereka, polisi yang sama diguna-pakai oleh syarikat penerbangan di seluruh dunia. Peraturan itu ditetapkan mengikut undang-undang antarabangsa penerbangan, berikutan kemalangan yang disebabkan oleh faktor manusia, kata bekas jurutera MAS, Zul Fadly. Zul berkata dia pernah bekerja selama 12 jam dalam rutin hariannya dan kadang-kadang apabila terpaksa bekerja selama 18 jam, dia akan diberikan cuti enam jam. Secara khusus, katanya, dia dan jurutera lain dibenarkan tidur semasa rehat dan sebuah bilik khas diperuntukkan bagi maksud itu. Zul mengulas kenyataan bekas bosnya, Mueller, yang dalam satu temu bual baru-baru ini berkata beliau terpaksa memberhentikan 6,000 pekerja kerana sebahagian besar mereka tidak melakukan apa-apa, bahkan ada yang tidur. "Ramai di kalangan 20,000 kakitangan yang bekerja untuk syarikat itu tidak mempunyai apa-apa untuk dilakukan. "Malah, ketika saya berjalan di hangar, ada pekerja yang tidur. Sebab itu, saya terpaksa radikal mengurangkan 6,000 pekerjaan," kongsi Muller kepada stesen penyiar Jerman, Deutsche Welle (DW) menerisi portal webnya. Sehubungan itu, Zul menuntut Mueller untuk membetulkan kenyataannya supaya orang ramai tidak akan berfikir bahawa mereka yang kehilangan pekerjaan kerana sedang tidur. Zul, yang kini bekerja sebagai pemandu Uber, berkata kenyataan seperti itu boleh memberi kesan kepada bekas kakitangan MAS yang sesetengah daripada mereka masih belum mendapat pekerjaan selepas diberhentikan. |
||
Wan Saiful pertahan TMJ dalam kes dihina di FB Posted: 20 Jun 2016 07:22 PM PDT Ketua eksekutif IDEAS berkata pihak berkuasa dilihat terlalu fanatik untuk bertindak dan melaksanakan kes di mana kepentingan awam tidak jelas.
PETALING JAYA: Tidak adil untuk menuduh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim seorang yang hipokrit. Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan berkata sesetengah pihak menuduh TMJ kononnya berfikiran terbuka tetapi bersembunyi di sebalik undang-undang untuk menghukum pengkritiknya. "TMJ tidak seharusnya dipersalahkan, tetapi sistem, undang-undang dan sikap kerajaan yang perlu diteliti," katanya yang menulis di The Star Online. Wan Saiful berkata, terdapat isu besar yang dapat diperhatikan apabila insiden seperti ini berlaku. "Pihak berkuasa dilihat terlalu fanatik untuk bertindak dan melaksanakan kes di mana kepentingan awam tidak jelas. Bukan itu saja, terdapat juga isu bagaimana pihak berkuasa untuk mengawal kerabat diraja yang bekerja di luar kebiasaan dan bukan tugas biasa mereka. "Sebagai pemilik kelab Darul Ta'zim (JDT) Johor, TMJ melakukan kerja yang luar biasa untuk bola sepak Johor. "Jika orang ramai boleh mengkritik apa pun yang mereka mahu tentang pegawai kelab bola sepak lain, adakah pemilik JDT dilayan dengan cara berbeza. Adakah kita mengatakan terdapat perbezaan kelas untuk pegawai persatuan?" soalnya. Katanya, dalam kes seperti ini masih ramai yang tidak jelas bila campur tangan diraja diperlukan dan bila ia tidak diperlukan. Wan Saiful berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan pihak berkuasa yang menjatuhkan hukuman penjara setahun untuk setiap 14 pertuduhan menghina TMJ terhadap Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri. Amirul, 19, dijatuhkan hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat komen bersifat jelik terhadap TMJ menerusi laman sosial Facebook. |
||
TERIMA KASIH SEMUA, JADIKAN KEKALAHAN MEDAN MUHASABAH UNTUK PRU-14 Posted: 20 Jun 2016 07:11 PM PDT 1. Pilihan Raya Kecil P093 Sungai Besar dan P067 Kuala Kangsar telah berakhir dengan keputusan kedua-duanya kita semua sudah maklumi. BN mengekalkan penguasaannya sementara Pakatan Harapan yang diwakili AMANAH masih belum berjaya dalam percubaan kali ini.
Read More / Baca Lagi >>
2. Bagaimanapun, dalam usia penubuhan AMANAH yang baru menginjak 9 bulan, berhadapan pula pertandingan lebih dua penjuru, kejayaan berada ditempat kedua mengekori BN di Sungai Besar dan ketiga di Kuala Kangsar dengan beza 800 undi dengan Pas, sudah cukup untuk dibanggakan.
3. Sekalipun tidak berjaya, penyertaan Parti AMANAH pada kedua-dua PRK ini sekurang-kurangnya telah memperkenalkan nama AMANAH bukan sahaja kepada para pengundi di kedua-dua parlimen, malah juga ke seluruh Malaysia melalui liputan media sepanjang tempoh itu. Di saat masih ada lagi penduduk Sungai Besar menganggap Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor, sudah tentu satu cabaran besar untuk AMANAH dikenali. 4. Dalam pilihan raya kecil ini, pertembungan sesama parti pembangkang antara Pakatan Harapan dengan Pas sudah tentu sedikit sebanyak menyumbang kekeliruan di kalangan pengundi. Sebaliknya di peringkat BN, mereka jelas dilihat padu menghadapi pembangkang. 5. Dengan segala yang berlaku, AMANAH dan Pakatan Harapan akan melakukan 'postmortem' dalam masa terdekat. Ini penting sebagai menilai dan mengatur semula strategi berhadapan BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang kita jangka tidak lama lagi. |
||
Pasca PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar : Mengapa PH wajib mengelak "duri hijau" yang ditabur BN Posted: 20 Jun 2016 06:54 PM PDT Amanah harus berbangga dengan pencapaian yang diperoleh dalam pertandingan pertama di Semenanjung (Sg Besar dan Kuala Kangsar). Sebaliknya Pas perlu sedar bahawa setelah berpuluh tahun dengan ratusan bilangan cawangan yang terdapat di kedua-dua kawasan hanya mampu membuahkan tidak lebih 30% daripada jumlah keseluruhan undi. Ini merupakan pencapaian terburuk Pas di kedua-dua kawasan yang ditandingi. Pas gagal mendapatkan undi kaum Cina akan tetapi Amanah semakin menempa nama dan meningkat selaras dengan logo Amanah yang diperkenalkan hari demi hari. Ini merupakan petunjuk harapan buat Amanah tetapi malapetaka buat Pas. Analisis mengikut kaum yang digunapakai Pas adalah petunjuk bahawa Pas dalam keadaan tertekan untuk menenangkan ahlinya yang semakin tidak selesa dengan kepimpinannya. Pas secara simbolik mengakui bahawa is tidak berdaya untuk menang sendirian sebaliknys menggunakan analisis sedemikian untuk men dapatkan 'position of strength' untuk berunding dengan mana-mana pihak termasuklah mungkin dengan Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN). Pas cuba merumuskan bahawa tanpa Pas, PH akan tersungkur tanpa undi Melayu. Apa yang tidak diperincikan bahawa keputusan Sg. Besar tidak mewakili kawasan bandar dan pinggir bandar serta sokongan Melayu kepada PH tidak static sebaliknya dinamik dan akan bertambah secara terus selaras dengan pengenalan parti baru Amanah. Pas terpaksa menggunakan senjata hudud sebagai senjata politik terakhir, yang sepatutnya menjadi agenda ummah keseluruhannya, namun begitu masih belum dapat menambah bilangan undi Melayu. Ini petanda buruk bahawa undi Melayu PAS juga akan merosot hari demi hari sementara undi Cina tidak akan bertambah. Pas cuba membuat persepsi dengan analisa mengikut kaum bahawa Amanah tidak ada nilai tambah langsung dalam PH melainkan hanya Pas sahaja yang mampu memberikan nilai tambah kepada PH. Pas cuba mendapatkan kelebihan dalam perundingan dengan PH jika berlaku untuk menekan PKR agar menyingkirkan Amanah. Apa yang tidak dijelaskan juga dalam analisa mengikut kaum ini adalah, jika PKR bersama Pas, maka undi Cina, India dan sebahagian undi Melayu yang merupakan undi asas PKR akan juga hilang akibar daripada pendirian ekstrim PAS. Adakah berbaloi untuk hilang undi asas semata-mata mengejar bahagian undi Pas yang belum tentu ada. Bahagian undi Pas pula tidak boleh dipercayai dengan sejarah pengundi Pas yang sangat anti parti selain Pas seperti yang berlaku di Parlimen Tanah Merah (PKR) dan DUN dibawahnya (Pas) pada PRU 13 yang lalu. Read More / Baca Lagi >> |
||
‘Negeri Serambi Mekah kotor, memalukan’ - Agus Posted: 20 Jun 2016 06:43 PM PDT Agus turut menasihati kerajaan Kelantan menjadikan Melaka dan Negeri Sembilan sebagai contoh dalam hal kebersihan.
PETALING JAYA: Ahli akademik kelahiran Kelantan meluahkan rasa tidak puas hati dengan tahap kebersihan negeri itu yang menurutnya kotor dan memalukan. Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, isu kebersihan negeri yang diberi jolokan serambi Mekah itu bukan sesuatu yang baru, malah ia berlaku sejak sekian lama. Katanya, kerajaan PAS Kelantan juga tidak sepatutnya menjadikan alasan tiada dana kewangan yang cukup untuk menyelesaikan masalah tersebut, kerana mereka boleh meminta bantuan daripada pusat. "Pesan saya kepada kerajaan negeri, janganlah selalu memberi alasan tiada duit kerana diskriminasi kerajaan pusat apabila gagal menyediakan keperluan asas rakyat. "Malulah kita negeri yang 'Membangun Bersama Islam' jika mengambil mudah kepada hal menjaga kebersihan dan keperluan rakyat. "Jika sungguh tidak ada duit, mintalah bantuan kerajaan pusat. Dengan hubungan politik yang baik di bawah payung 'politik matang dan sejahtera' sekarang, bantuan itu diberikan," tulis Agus dalam Facebooknya. "Bukan sahaja bandarnya bersih, kampung-kampungnya juga dijaga bersih. Mengapa kita tidak boleh lakukan hal yang sama di negeri kita?" katanya. 'Kelantan semakin bersih' Diminta mengulas dakwaan itu, Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood ketika dihubungi FMT berkata, pihaknya mengakui perkara tersebut, namun berkata tahap kebersihan di negeri itu meningkat setiap tahun. Katanya, rata-rata rakyat yang kembali ke Kelantan memuji perubahan tahap kebersihan yang berlaku di negeri itu setiap tahun. Read More / Baca Lagi >> |
||
7 pengajaran PRK: Najib bukan bodoh, PAS rugi besar Posted: 20 Jun 2016 06:41 PM PDT Agak pelik apabila seorang popular seperti Dr Abdul Rani Osman (PAS) mencatat undi lebih rendah dari calon Amanah.
Oleh Mohd Shazwan Abd Halim Sudah tiga hari pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar berlalu. Bagi pendokong pembangkang, keputusan kedua-dua PRK ini tentulah mengecewakan. Namun perlawanan sebenar adalah pilihan raya umum. Kekalahan dalam perlawanan boleh menjadi pencetus kepada kemenangan dalam peperangan. Berikut tujuh pengajaran dua PRK itu, mengikut telahan saya, yang mungkin boleh diambil kira pembangkang dalam menghadapi PRU akan datang: Najib bukan bodoh Di sebalik skandal yang terpalit pada Datuk Seri Najib Razak, Barisan Nasional (BN) kekal utuh. Ini menunjukkan Najib bukanlah bodoh, seperti yang sering diperlekehkan ramai pembencinya. Beliau adalah "haiwan politik" yang cekap. Seperti dijangkakan, agak sukar dua gabungan pembangkang, iaitu Pakatan Harapan (PKR+DAP+Amanah) dan PAS-Ikatan meruntuhkan dominasi BN di dua kubu kuat BN ini, antaranya kerana: 1. Perpecahan undi pembangkang. 2. PRK yang diadakan terlalu hampir dengan tarikh Hari Raya Aidilfitri menyebabkan sebilagan anak muda yang bekerja di luar berat pulang mengundi. 3. Demografi kawasan semi-urban di mana capaian maklumat pada peringkat nasional melalui media alternatif terbatas berbanding media perdana yang didominasi BN. 4. Kuasa wang dan aset BN yang difokuskan hanya pada dua kerusi. PAS rugi besar Selain rakyat, pihak yang paling terkesan pada PRK kali ini adalah PAS dengan kehilangan sebanyak 7,452 undi di Kuala Kangsar dan 11,394 undi di Sungai Besar berbanding PRU13, semasa mereka masih bersama Pakatan Rakyat. Daripada segi matematik, undi PAS merosot sebanyak 18,846 di kedua-dua kawasan dan secara peratusan ia merupakan kemerosotan sebanyak 60%. Memandangkan kedua-dua kerusi ini adalah kerusi majoriti Melayu dan "separa bandar" dan kerusi tradisional PAS yang ditandingi sejak sekian lama, kehilangan undi dengan jumlah sebegitu besar sepatutnya menjadi "alarming indicator" agar PAS tidak terbuai dalam dunia sendiri dan mengkaji ijtihad politik mutakhir mereka. Amanah yang setahun jagung mampu gugat Amanah pula sebagai parti baru (sembilan bulan) dalam arena politik tanah air berjaya mencuri 12,429 undi iaitu 23% dari jumlah undi di kedua-dua kawasan. Bagi sebuah parti baharu yang rata-ratanya belum dikenali pengundi luar bandar, masih dalam proses membina akar umbi serta diberikan imej negatif saban hari oleh akhbar dan televisyen, angka yang diperolehi menunjukkan Amanah bukanlah "just another newcomer" dan mampu menggugat jika kelemahan yang dikenalpasti diatasi pada hari-hari mendatang. Kembalinya pengundi Cina kepada BN Faktor paling mengejutkan PRK kali ini tentulah perubahan undi di kalangan pengundi Cina di kawasan luar bandar kepada BN, walaupun dengan usaha keras DAP. Read More / Baca Lagi >> |
||
Posted: 20 Jun 2016 06:39 PM PDT Unless the opposition parties buck up, BN could see its Chinese support increase.
The Chinese get mentioned a lot after votes are counted in any election. Indeed, their votes have the power to change the shape of a election, and often do so depending on economic and social circumstances. Now let's remember that the Chinese make up roughly 30% of the country's population. This means that a large enough swing from them could give Barisan Nasional a supermajority (assuming that BN gets most of the Malay votes) or, as we saw in 2008, more opposition representation in Chinese-dominated areas. This makes appealing to the Chinese community essential in determining the future direction of the country. The results of the Kuala Kangsar and Sungai Besar by-elections are not good news for the opposition parties, whichever demographic you happen to be looking at. The split in the pro-opposition vote and the apparent instability of the Pakatan Harapan coalition exposed the opposition as weak and vulnerable to the experienced gamesmanship of BN. A last-second hudud panic only served to cut deeper into Pakatan's talking points as PAS happily crowed the upcoming debate on Hadi Awang's private member's bill and its new friendship with Umno. As for PAS, it must now realise after being soundly trashed in the by-elections that it needs to widen its appeal. But it has already succeeded in alienating its moderates and progressives. If it does intend to return to somewhat moderate ground, it faces a long slog. It will probably have to contend with much protest from within as well as without. The Chinese, ever wary of hudud, will never embrace PAS' campaign for the strengthening of the shariah courts, and will likely look at any overture from Hadi with disdain and suspicion, given the community's ingrained support for DAP and the recent memories of PAS' demonisation of the party. Read More / Baca Lagi >> |
||
‘Sebelum BN ambil alih Selangor, jadi pembangkang cekap’ - DAP Posted: 20 Jun 2016 06:37 PM PDT Adun DAP berkata tindak-tanduk BN sebagai pembangkang di Selangor menunjukkan budaya politik Umno yang masih ketinggalan zaman.
PETALING JAYA: Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari DAP hari ini menasihatkan Barisan Nasional (BN) berusaha menjadi pembangkang yang kredibel sebelum bercita-cita mahu mengambil alih negeri itu pada pilihan raya umum akan datang. Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata BN masih tidak melantik seorang ketua pembangkang DUN negeri itu, di samping enggan menerima peruntukan kerajaan negeri dan memulau Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC). "Sekiranya mereka masih gagal mengisi kekosongan tersebut, maka ini hanya sekali lagi membuktikan bahawa BN dan Umno masih belum bersedia mengambil alih kerajaan Selangor dan segala hujah berkaitan dengan perkara ini hanya omong-omong kosong semata-mata," kata Lau, mengulas keyakinan di kalangan pemimpin BN mengenai peluang mengambil alih Selangor selepas kemenangan besar di Sungai Besar, Sabtu lepas. Selangor jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008, dan diperintah kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS. Lau berkata tindak-tanduk BN di Selangor menunjukkan budaya politik Umno "yang masih ketinggalan zaman". Read More / Baca Lagi >> |
||
Tinggalkan Dr M, nasihat PSM kepada pembangkang Posted: 20 Jun 2016 06:36 PM PDT Pemuda PSM berkata pembangkang bersekongkol dengan 'nama-nama jahat' menyebabkan mereka ditolak pengundi.
PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertegas menolak sebarang usaha bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya menjadi punca segala kepincangan negara, kata sayap pemuda parti itu hari ini. Jurucakapnya Khalid Ismath dalam membuat rumusan keputusan pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) berkata, antara sebab pembangkang ditolak ialah kerana mengadakan kerjasama dengan Dr Mahathir dan bekas pemimpin kerajaan lain. "Rakyat menilai pemimpin BN sebagai zalim, jahat dan mesti dijatuhkan namun dalam masa sama rakyat melihat pembangkang yang mengubah haluan dengan bersama sebahagian pemimpin BN seperti Mahathir, Muhyidin, Mukhriz dan Shafie Afdal ini adalah jauh lebih jijik kerana dilihat sebagai menggadai prinsip dan memperdaya rakyat," kata Khalid. Sabtu lepas, BN menang di kedua-dua PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan majoriti jauh lebih besar daripada pilihan raya umum 2013. Khalid menuduh Amanah bertindak angkuh kerana yakin penglibatan Dr Mahathir akan memastikan kemenangan. Read More / Baca Lagi >> |
||
Penganalisis: Kegagalan terima kekalahan antara ciri diktator Posted: 20 Jun 2016 06:33 PM PDT Pihak pembangkang yang obses terhadap kemenangan dan enggan menerima kekalahan pilihan raya dengan hati terbuka dilihat mempunyai ciri-ciri diktator, kata beberapa penganalisis politik.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata sistem demokrasi memberi jaminan kepada hak kebebasan rakyat memilih, dan pemimpin politik yang bijak sepatutnya amat maklum tentang perkara itu. Justeru, katanya, kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak yang seolah-olah menyalahkan rakyat kerana tidak memilih calon mereka, adalah respons yang 'tidak matang'. "Mereka sahaja yang betul, pandangan masyarakat tidak dikira. Ini adalah ciri-ciri diktator. Kalau kelompok sebegini perintah (negara), saya khuatir nanti suara rakyat akan hilang," katanya ketika dihubungi. Sebuah akhbar melaporkan Rafizi dipetik sebagai berkata penyakit 'kebendaan' dalam kalangan pengundi menjadi antara penyebab Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusia Parlimen itu. "Baik pengundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain, faktor projek dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka (BN)," kata Rafizi dalam laporan itu. Md Shukri berkata rakyat dan pemimpin matang adalah dua perkara yang saling diperlukan ke arah pembentukan Malaysia yang membangun. "Dalam konteks ini, saya lihat keluhuran hati pemimpin itu sendiri. Kalau penghormatan ke atas rakyat tidak boleh diberikan, ini meruncing kepada pembentukan sebuah negara yang matang. "Rakyat seharusnya buka mata," kata beliau. Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Madya Sivamurugan Pandian pula menyifatkan Rafizi sebagai pemimpin yang emosional. "Beliau sepatutnya lebih rasional dan praktikal dalam perkara ini," katanya. Sivamurugan berkata hak dan kedudukan pengundi untuk memilih perlu diiktiraf, dan tidak ada mana-mana parti yang boleh perlekehkan perkara ini. Jika dilihat pada pilihan raya sebelum ini, katanya, pengundi telah menganugerahkan parti pembangkang beberapa negeri untuk ditadbir. Read More / Baca Lagi >> |
||
GANJARAN PAHALA SELAMATKAN NEGARA LEBIH BESAR DARIPADA DUDUK DI ATAS SEJADAH Posted: 20 Jun 2016 03:31 PM PDT Berikutan kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beberapa suara kedengaran meminta Tun Mahathir Mohamad agar berehat saja dan tidak lagi mencampuri urusan politik negara.
Antara hujah mereka ialah bekas Perdana Menteri itu tidak relevan lagi, hanya memusnahkan legasinya, sudah tercabut taring dan lebih baik menghabiskan sisa-sisa usianya di atas sejadah saja.
Jika pemimpin UMNO yang berkata demikian mungkin ia boleh diterima seadanya, mungkin kerana dedak sudah diterima, tetapi dalam hal ini pemimpin Pas pun lebih kurang sama saja nadanya.
Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, keputusan dua pilihanraya kecil baru-baru ini mengesahkan taring politik Tun Mahathir telah tercabut dan mencadangkan supaya bekas Perdana Menteri itu menghabiskan hujung-hujung usianya di atas sejadah dan mengunjungi Kaabah.
Itulah sebaik-baik kehidupan ketika berada si hujung hayat kehidupan, kata beliau lagi.
Apakah ini tanda-tanda pertuturan orang yang sudah dipengaruhi dedak juga?
Apa agaknya reaksi Nik Aziz Nik Mat jika bapanya itu masih hidup dengan kenyataan Nik Abduh itu sedangkan negara sedang diselubungi dengan begitu banyak kerosakan yang disebabkan onar Perdana Menterinya?
Kenapa Nik Abduh hanya meminta Tun Mahathir saja yang berehat dan berada di atas sejadah, tetapi tidak kepada Najib yang di seluruh dunia diketahui dan diperkatakan dengan skandal kewangannya?
Read More / Baca Lagi >>
|
||
Nik Abduh & Rahman Dahlan Serang Mahathir, Amanah Pertahan... Posted: 20 Jun 2016 08:06 AM PDT
AMANAH pertahan, ucap terima kasih kepada Dr M
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mujahid Yusof Rawa tampil mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menyifatkan kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak bererti bekas Perdana Menteri itu gagal dalam gerakan 'Selamatkan Malaysia' yang ditunjangi beliau. Mujahid turut melahirkan rasa kesal terhadap Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyerang Mahathir dengan meminta beliau bersara daripada politik secara senyap-senyap dan tidak mendedahkan dirinya kepada penghinaan lanjut. "Mereka yang mengatakan seperti ini tidak memahami perbezaan antara parti politik dan negarawan. "Mahathir tidak berjuang di platform mana-mana parti politik, tetapi dalam kempen 'Save Malaysia' yang merentasi semua pihak," kata Mujahid kepada Malaysiakini. Jelasnya lagi, adalah mustahil untuk Mahathir menyokong calon BN atau Umno apabila parti itu telah menjadi punca kepada bencana yang melanda negara ini. Beliau menambah, adalah tidak mungkin juga bagi Mahathir untuk menyokong calon PAS yang mesra kepada BN di sebalik skandal yang menjejaskan negara. "Mahathir nampak hanya calon Amanah sebagai satu-satunya peluang untuk menyelamatkan Malaysia setelah berkongsi wawasan yang sama," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar. "Malangnya, ada pihak gagal untuk melihat ini dan terus terperangkap dengan agenda sempit mereka," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
||
Surat tunjuk sebab kepada Pas Kelantan Posted: 20 Jun 2016 07:11 AM PDT MSO
ULAS PIRAKE (ii) Keputusan dua Pirake di Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam, tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja terutamanya oleh parti agama (Pas) tanpa membuat analisa mendalam secara waras. Pas mesti berbuat sesuatu dengan segera dengan penuh keinsafan dan professionals.
Perhatian penuh perlu diberikan oleh Pas Kelantan. Dalam hal ini saya ingin memberi "surat tujuk sebab" kepada Pas Kelantan. Pas Kelantan tidak boleh meriba tangan dan menerima apa yang berlaku dalam dua Pirake itu, kekalahannya sebagai takdir Allah semata-mata. Pas perlu mencari sebab musabab dan mengambil iktibar terhadapnya. Jangan berlindung dengan kata-kata (escape) keadaan di Kelantan berbeza dan politik Kelantan unik. Apa lagi menganggap senario politik di Kelantan berbeza dengan politik di luar seperti Kuala Kangsar dan Sungai Besar itu. Jangan marah apabila saya sebut Pas kalah dalan dua pilihan raya itu. Pas kena terima istilah dan hakikat ini. Di Sungai Besar Pas dimalui oleh bekas rakan-rakanya sendiri Amanah. Jangan peduli apakah undi Amanah itu undi Cina, India atau apa. Yang penting teori dan hukum politik telah mengesahkan Amanah mendapat undi lebih daripada Pas. Undi merupakan sokongan dan ia mengeraskan semangat juang. Pas juga tidak boleh berbangga dengan mendapat undi pure Melayu. Hakikat yang kena disedari di kawasan-kawasan campuran, Pas atau mana-mana parti juga memerlukan sokongan daripada semua kaum. Kedegilan hanya menerima satu kaum sahaja ia tidak akan membawa kemenangan dan menjadi pilihan raya itu tidak bererti apa-apa. Titik simpul dalam pilihan raya ialah menang, dapat kerusi bukan soal undi pure apa-apa puak. Dapat undi pure tetapi kerana terlepas, tidak ada guna juga. Sama ada undi diperolehi Amanah daripada ahli DAP, PKR atau sesiapa tidak berbangkit, tetapi dalam pilihan raya itu, calon Amanah di Sungai Besar yang dianggap kubu Pas, Azhar mendapat undi lebih banyak daripada calon Pas Dr Rani Osman. Bezanya, 707 undi. Di Kuala Kangsar Amanah pula berkurangan 765 berbanding Pas/ Dalam darjah politik, undi Cina ke, Melayu ke, India ke, Orang Asli ke, muslim, mualaf dan kafir sama sahaja nilainya. Tidak bermakna undi daripada Melayu mempunyai nilai tambah yang besar daripada undi Cina dan India. Saya hairan apa bila ada sesetengah pentaksub Pas (budak-budak baru belajar menjolak cempedak) seperti tidak mahu mengiktiraf "kemenangan" dan kedayaan Amanah itu. Kononnya ia bukan mewakili suara orang Melayu? Apakah kalau kebetulan undi ahli DAP dan PKR diberikan kepada peti undi Pas, Pas sedia menolak dan tidak mahu mengakui ianya sebagai undi dan sokongan kepada Pas. Jangan double strandard dalam membuat penilaian. Beberapa kerusi Dun di Selangor yang dimenangi Pas, adalah kerana sumbangan undi bukan Melayu. Dalam situasi politik Malaysia yang rencam ini, tidak sepatutnya diakan batas-batas jenis undi dan sokongan mengikut sentimen kaum dan puak. Hakikat yang kena terima, mana-mana parti mengamalkan politik kepuakan mereka tidak akan berjaya sampai ke khiamat pun. Kenapa Umno masih kekal menjadi pemerintah hingga sekarang kerana kebijaksanaan parti itu dalam berkolabrosi dengan semua kaum. Umno tidak cuba memisahkan dan membezakan undi yang diperolehinya mengikut kaum. Umno merima apa sahaja, sebab seperti dikatakan tadi dalam teori dan rukun politik, nilai undi seseorang itu sama sahaja, tanpa mengira anak peribumi, pendatang atau anutan agama dan budaya.Read More / Baca Lagi >> |
||
Jambun: Pembangkang perlu berdiri atas prinsip, bukan pakatan celaru Posted: 20 Jun 2016 07:03 AM PDT Tiada ada yang berubah antara Pakatan Harapan dan PAS sejak terlerainya Pakatan Rakyat, walaupun semuanya telah berlalu sekarang
KOTA KINABALU: Ekoran pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, seorang aktivis hak asasi manusia teringat kiasan seorang diplomat Eropah yang mengakui di televisyen baru-baru ini bahawa pelarian Syria, kebanyakannya beragama Islam, "tidak baik" untuk benua itu. Meskipun begitu, Eropah tidak akan mengabaikan pelarian. "Yang utama bagi kita, sebagai orang Eropah, adalah prinsip," kata Daniel John Jambun memetik kata-kata diplomat itu. "Kita bertaut pada prinsip walaupun adakalanya ia 'tidak baik' untuk kita." "Kita mahu lakukan perkara yang betul akhirnya," kata diplomat itu. Pengasas Yayasan Borneo's Plight in Malaysia (Bopim) itu ketika dihubungi berkata Pakatan Harapan (PH) menggunakan strategi yang salah sekiranya mahu kembali bermesra dengan PAS selepas tewas dalam pilihan raya kecil baru-baru ini. Katanya, sekiranya keinginan itu didorong oleh kemahuan untuk membentuk pembangkang yang bersatu untuk menewaskan Barisan Nasional (BN), maka pembangkang sebenarnya tersasar sekali lagi. Beliau mahu mengingatkan Pakatan Rakyat terlerai lantaran sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang veto keputusan yang telah disepakati oleh mesyuarat Majlis Pimpinan PR walaupun kerap tidak hadir bermesyuarat. Hadi juga bertegas dengan bacaan "bersetuju untuk tidak bersetuju" yang disalaherti dan bertindak bersendirian dalam hal usul hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Parlimen. Malah, menurut tokoh DAP Lim Kit Siang baru-baru ini, Hadi bertegas mahu dinamakan sebagai Perdana Menteri menanti walaupun PR telah bersetuju menamakan Anwar Ibrahim. Aktivis itu turut mengingatkan isu-isu lain seperti kenyataan Hadi 7 Mei lalu bersempena pilihan raya negeri Sarawak, dimana Hadi berkata Ketua Menteri Sabah dan Sarawak haruslah beragama Islam. "Majoriti penduduk di dua negeri ini adalah bukan Islam, kebanyakannya Kristian dan Orang Asal," kata Jambun. "Betapa naifnya beliau. Hadi juga kata orang Iban punyai kerangka fikiran cawat dan sirat." Beliau menambah Hadi turut bertegas Perdana Menteri haruslah orang Melayu dan beragama Islam. "Ini penting untuk kita perhatikan kerana dibawah Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, bukan semua penganut agama Islam itu orang Melayu." Memandang keadaan seperti itu, Jambun bertegas langkah PH pertimbang untuk membawa masuk PAS dalam kalangan mereka sebagai tidak masuk akal. Read More / Baca Lagi >> |
||
PAS : Kami kuat daripada PAN, dapat undi kerana DAP, PKR Posted: 20 Jun 2016 07:00 AM PDT Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah enggan mengakui kekuatan parti serpihannya, PAN (Parti Amanah Negara) sebaliknya menyifatkan parti tersebut hanya bergantung kepada kekuatan DAP dan PKR sahaja.
Mohd Amar berkata jumlah undi yang diperoleh oleh PAN semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tersebut adalah datang daripada dua parti dalam Pakatan Harapan dan bukannya kerana sokongan daripada pengundi. "Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar PAN," katanya dipetik pada Isnin semasa di Kota Bharu. Malah, Mohd Amar berkata jika PAN bertanding secara bersendirian seperti PAS dalam PRK mereka akan hilang deposit dan kalah teruk. "Dan saya percaya kalau PAN bertanding secara bersendirian macam kita PAS kemungkinan besar mereka akan hilang deposit," katanya. Beliau berkata jika melihat keputusan di peti-peti undi di kedua-dua Parlimen berkenaan, PAN juga gagal menawan hati pengundi Melayu sekali gus menunjukkan parti itu tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu. "Jadi dari sudut ini kita nampak PAN tidak dapat menggugat PAS sebab undi PAS ini tidak berubah, itu yang penting," katanya. Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon PAN Azhar Abdul Shukor menduduki tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan BN muncul sebagai pemenang. Azhar mendapat 7,609 undi manakala calon PAS Dr Abdul Rani Osman mendapat 6,902 undi. Di Kuala Kangsar, calon PAN Dr Ahmad Termizi Ramli menduduki tempat ketiga di belakang calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dalam pertandingan empat penjuru yang juga dimenangi oleh BN. |
||
PAS timbang talak dengan PKR - Mohd Amar Posted: 20 Jun 2016 06:56 AM PDT |
||
AMANAH bukan lawan sebenar PAS - Mohd Amar Posted: 20 Jun 2016 06:56 AM PDT |
||
MANA SATU YANG BETUL & BOHONG ??!! Posted: 20 Jun 2016 05:22 AM PDT TPM Zahid Hamidi & Ketua Polis Negara bermati2an kata tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina..
TETAPI lain pula di akhbar Filipina, Manila Times melaporkan kumpulan militan Abu Sayyaf (ASG) telah dibayar pembayaran tebusan sbyk P130 juta (RM12 juta). Apa nak heran, bulan puasa ka, tak bulan puasa ka... menipu itu satu wajib & penting kerana dah jadi darah daging mereka.. |
||
Kalau 'derma' RM2.6 bilion pon AG Apandi boleh tolong bersihkan.. Posted: 20 Jun 2016 05:20 AM PDT |
||
Keangkuhan pembangkang bawa padah Posted: 20 Jun 2016 05:15 AM PDT
BN menang dua kerusi pilihan raya kecil (PRK) dengan majoriti yang lebih tinggi di Kuala Kangsar (6,969 undi) dan Sungai Besar (9,191 undi).
Ia adalah kemenangan selesa bagi BN walaupun jumlah undi berbanding dengan PRU lepas tidak jauh berbeza. Kemenangan BN tidak mengejutkan kita memandangkan pembangkang sudah berpecah antara PAS dan Pakatan Harapan (PH). Pertandingan tiga penjuru dengan jelas menunjukkan undi pembangkang sudah berpecah dua dengan kutipan undi lebih kurang sama antara Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PAS. Kombinasi undi PAS dan AMANAH juga masih tidak dapat menewaskan BN. Ramai melihat pertandingan kali ini sebagai pertandingan merebut tempat kedua atau "pingat perak". Jumlah pengundi yang turun mengundi iaitu sekitar 72 peratus, adalah lebih rendah berbanding PRU-13. Ini memberi gambaran bahawa mereka yang duduk jauh tidak turun mengundi kerana mungkin sudah bosan dengan politik. Ini juga memberi petunjuk bahawa jika PRU akan datang berterusan dengan mood yang sedia ada, maka jumlah yang turun mengundi akan berkurang dan ini membawa isyarat bahawa BN akan menang sekali lagi. Keangkuhan pembangkangSeperti dijangka, AMANAH gagal mendapat undi Melayu manakala PAS gagal mendapat undi Cina. Ini menunjukkan bahawa pengundian mengikut perkauman masih ketara dan politik negara terus terjerumus dalam polarisasi perkauman.Ia juga merupakan petunjuk PAS tidak boleh masuk PRU akan datang kecuali jika mereka hanya berminat bertanding di Pantai Timur. Begitu juga situasi yang dihadapi DAP, jika DAP berfikir AMANAH dapat menggantikan PAS, maka jawapannya juga tidak. Isu nasional seperti skandal 1MDB, Deklarasi Rakyat dan hudud, gagal menjadi isu terpenting untuk rakyat membuat keputusan. Isu terpenting adalah pihak pembangkang berpecah dan bertanding melawan sesama sendiri. Hampir semua komen membalun pembangkang kerana tidak bersatu. Rakyat biasa kecewa dengan pembangkang yang berpecah dan bukannya dengan Dr. Mahathir. Dr. Mahathir hanyalah seorang oportunis yang gigih dalam menggunakan segala yang ada untuk menundukkan musuh politiknya. Namun, faktor paling penting yang membawa kepada kegagalan pembangkang, seperti yang dijangka, adalah keangkuhan mereka dan kegagalan mereka dalam mengawal ego mereka sendiri. Apa sebenarnya pembangkang mahu daripada rakyat? Dengan adanya pertarungan tiga penjuru, mereka sudahpun mengetahui bahawa mereka menuju kekalahan, tetapi mereka bersama ikon terbaru mereka Dr Mahathir untuk menjadikan ini satu referendum terhadap Najib Razak. Politik perkaumanSekarang ini, Najib mengatakan referendum terhadapnya tewas dan dia menjadi semakin yakin lagi angkuh. Kemenangan ini juga menjadikan rakyat semakin berputus asa dengan pembangkang.PH berjudi dengan masa depan negara dalam satu pertarungan yang mereka sudahpun kalah sebelum bermula. Kini, susah untuk kita mematahkan hujah Najib yang berkata dia memenangi kepercayaan rakyat kerana kitalah yang memberikannya peluang ini. Sepanjang kempen PRK baru-baru ini, kita dapat melihat cara DAP berkempen dengan papan tanda perkauman di bulan Ramadan, menunjukkan mereka masih gagal memahami sentimen rakyat. Bermain politik perkauman atau bercakap secara lidah bercabang bukan lagi satu pilihan pada zaman sekarang. Ternyata AMANAH tidak selesa dengan cara DAP berkempen yang agresif, tetapi apa boleh dibuat memandangkan AMANAH bergantung kepada jentera DAP. Sedikit undi orang Cina yang kembali kepada BN menunjukkan undi masyarakat ini bukanlah "cek kosong untuk DAP". Read More / Baca Lagi >> |
||
Mahathir berikrar lawan tetap lawan Posted: 20 Jun 2016 05:13 AM PDT Bekas Perdana Menteri itu tidak mahu bersama salahguna kuasa, termasuk penubuhan sebuah dana kekayaan negara yang akhirnya mengaut hutang berbilion ringgit
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad berikrar untuk meneruskan pembersihan kerajaan Malaysia dengan apa cara sekalipun. "Saya tidak dapat terima Najib (Perdana Menteri) yang berpegang kepada konsep "Cash is King". "(Najib) Mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya," katanya melalui catatan di blog miliknya. Menceritakan secara terperinci penentangannya, Mahathir tidak dapat menerima seorang perdana menteri yang menjatuhkan maruah rakyat dan negara, setelah akhbar dan televisyen seluruh dunia menyiarkan bukti salah laku. "Institusi-institusi kerajaan di Switzerland dan Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Datuk Seri Najib dalam pengurusan wang 1MDB. "Pembayaran berbilion ringgit kepada syariakt palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak RM20 bilion lebih," katanya. Bekas perdana menteri turut menjawab pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung pendiriannya setelah Barisan Nasional (BN) menang dengan selesa dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar Sabtu lepas. Mahathir mendakwa kemenangan bergaya BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar lantaran pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi. "Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. "Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan. "Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin," tegasnya. Mahathir mengeluh mereka yang ingin tahu pendiriannya perlu bertanya diri sendiri samada masih mempunyai harga diri sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara. Beliau menegaskan tidak mungkin menyokong perbuatan salah guna kuasa termasuk menubuhkan sebuah dana kekayaan negara yang akhirnya mengaut hutang berbilion ringgit. Read More / Baca Lagi >> |
||
PAS: AMANAH akan hilang deposit tanpa DAP, PKR Posted: 20 Jun 2016 03:59 AM PDT Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) akan hilang wang pertaruhan jika tidak kerana DAP dan PKR, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Oleh itu, katanya, AMANAH tidak mampu menjadi pengganti PAS dalam Pakatan Harapan sebagaimana yang dicanang sebelum ini dalam pakatan pembangkang. "Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar AMANAH. "Dan saya percaya kalau AMANAH bertanding secara bersendirian macam kita PAS kemungkinan besar mereka akan hilang deposit," katanya yang dipetik Bernama di Kota Bharu hari ini. Beliau berkata jika melihat keputusan di peti-peti undi di kedua-dua Parlimen berkenaan, AMANAH juga gagal menawan hati pengundi Melayu sekali gus menunjukkan parti itu tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu. "Jadi dari sudut ini kita nampak AMANAH tidak dapat menggugat PAS sebab undi PAS ini tidak berubah, itu yang penting," katanya. Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon AMANAH Azhar Abdul Shukor menduduki tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan BN muncul sebagai pemenang. Azhar mendapat 7,609 undi manakala calon PAS Dr Abdul Rani Osman mendapat 6,902 undi. Di Kuala Kangsar, calon AMANAH Dr Ahmad Termizi Ramli menduduki tempat ketiga di belakang calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dalam pertandingan empat penjuru yang juga dimenangi oleh BN. Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan parti serpihannya itu sebagai parti nyamuk. Presiden AMANAH Mohamad Sabu, selepas keputusan diumumkan Sabtu lalu berkata, terbukti bahawa mereka bukan parti kecil seperti didakwa. Amar yang juga adalah timbalan menteri besar Kelantan juga memperlekehkan parti serpihan itu dengan mendakwa 'oren' AMANAH nanar, warna serupa tok sami manakala lambangnya pula menyerupai sebuah stesen tv di India, Imayam TV. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
from BLOG - BLOG PRO POLITIK http://ift.tt/28OhyJH
Berita Politik Tempatan Gidei-Giyen-Ginan
Post a Comment