Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengesahan Dwi Faktor Akaun Google Dipermudahkan – Tiada Lagi SMS Kod Khas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengesahan Dwi Faktor Akaun Google Dipermudahkan – Tiada Lagi SMS Kod Khas

Akuan Google kami digodam empat tahun yang lalu sehingga menyebabkan kandungan blog dipadamkan secara total. Ini ialah kesilapan peribadi yang tidak lagi kami akan lakukan. Semenjak kes godam ini. kami mengaktifkan sistem pengesahan dwi faktor pada kesemua akaun yang menyokongnya. Sistem ini bagus tetapi sedikit menyusahkan kerana ia memerlukan kod khas dimasukkan. Kerap kali juga kod khas tidak diterima kerana masalah SMS.

Google-Dwi-Faktor-Log-Masuk-2Google hari ini memperkenalkan sistem baru Google Prompt, bagi mempermudahkan proses log masuk akaun anda pada peranti baru. Dengan Google Prompt, sebuah skrin akan muncul pada peranti pintar yang membenarkan log masuk pada peranti baru dengan hanya menekan satu butang. Maklumat mengenai peranti yang digunakan dan lokasi log masuk akan dipaparkan pada skrin ini. Ini jauh lebih pantas dan mesra pengguna pada hemat kami.

Apa yang anda perlu lakukan ialah mengubah tetapan pengesahan dwi faktor menerusi skrin My Account anda. Pergi ke tetapan berikut Sign-in & Security > Signing in to Google > 2-Step Verification. Di bahagian bawah terdapat pilihan baru Google Prompt. Anda kemudian diminta memilih peranti pintar manakah (hanya satu sahaja boleh digunakan untuk pengesahan log masuk) akan menjadi peranti pengesahan log masuk akaun. Selepas ini dilakukan Google Prompt akan muncul pada peranti terpilih dan ia kini menjadi pilihan default untuk akaun anda.  Anda masih boleh memilih menggunakan sistem penghantaran SMS kod khas sekiranya kurang yakin dengan sistem Google Prompt ini.

Google-Prompt-4Kepada pengguna Android, Google Play Services perlu dikemas kini terlebih dahulu bagi mendapatkan fungsi ini. Kepada pengguna iOS, aplikasi Google Search perlu dimuat turun terlebih dahulu. Selamat mencuba.

Ubah tetapan pengesahan dwi faktor anda melalui laman My Account Google






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/28KKuG8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.