Hi! Welcome Back and Stay Tune! Curi coklat, penganggur dipenjara dan didenda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Curi coklat, penganggur dipenjara dan didenda

curi-coklat_jail

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri tiga keping coklat seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Adira Adnan menjatuhkan hukuman itu ke atas Alpaisal Md Yusuf, 30, selepas dia mengaku bersalah mencuri coklat itu yang bernilai RM23.70 milik Pasaraya Sam’s Geoceria, Nu Sentral, di sini pada 3.30 petang, semalam.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara 20 hari jika gagal membayar denda.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudiannya hendaklah dihukum dengan penjara atau denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia mahu menyambut Hari Raya bersama keluarganya.

Di mahkamah sama, seorang seorang pengutip besi buruk, S.Krishnan, 44, didenda RM800 atau 14 hari penjara selepas mengaku bersalah mencuri 40 biji kon plastik penghadang jalan bernilai RM3,600.

Lelaki itu didakwa mencuri kon itu di Seksyen 5, Wangsa Perdana, di sini milik Syarikat Suhati Sdn Bhd pada 3 petang, 10 Jun lepas mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda
atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Nur Farah Adilah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Tertuduh yang diwakili peguam Zulkifli Awang memohon kepada mahkamah supaya hukuman diringankan kerana isterinya tidak bekerja dan dia menanggung anak yang masih bersekolah dengan pendapatan yang tidak menentu.

Bernama





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28K5k3K

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.