Hi! Welcome Back and Stay Tune! Universiti tempatan tidak pandai jana wang, kata bekas NC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Universiti tempatan tidak pandai jana wang, kata bekas NC

ghauth_vice-chancellor_600

PETALING JAYA: Seorang bekas naib canselor Universiti Malaya (UM) berkata institusi pengajian tinggi awam gagal menghasilkan varsiti bertaraf dunia dan terlalu bergantung kepada dana awam.

Kebergantungan itu, menurutnya, menghasilkan golongan naib canselor (NC) yang tidak berdaya saing.

Prof Ghauth Jasmon, yang berkhidmat di UM dari 2008 ke 2013, berkata kerajaan Malaysia menyumbang 80% daripada kos operasi IPTA, sementara Thailand dan Indonesia hanya menyumbang 20% kos operasi IPTA masing-masing.

“Para NC di dua negara itu tidak punya pilihan lain kecuali beroperasi seperti kolej swasta. Mereka menawarkan kurusus yang relevan kepada keperluan pasaran. Matapelajaran mereka terkemaskini, tidak seperti disini. Ada matapelajaran kita tidak berubah sejak 20 tahun lalu,” kata Ghauth pada wacana pendidikan tinggi swasta di Asia Tenggara anjuran Institut Jeffrey Cheah.

Ghauth berkata pimpinan universiti Thailand dan Indonesia berfikir seperti usahawan dan menjalankan perniagaan sendiri.

“Universiti Chulalongkorn mengusahakan tujuh pasaraya dan 1,400 bangunan komersil. IPTA Indonesia juga berjaya. Kedua-dua negara melebarluas 30 tahun lalu,” katanya.

Para NC perlu saling bersaing untuk menarik pelajar tanpa mengorbankan kualiti pendidikan, kerana kejatuhan gred tidak akan menarik pelajar lain untuk mendaftar di universiti mereka, kata Ghauth.

“Di Malaysia, kerajaan yang memberikan pelajar kepada varsiti. Wang diberikan. Tidak ada cabaran. Para NC tidak tahu bagaimana untuk mengumpul dana. Mereka terlalu takut untuk melakukan perubahan kerana bimbang dikenakan tindakan oleh kumpulan pendesak dan kerajaan,” jelasnya.

Beliau berkata kebanyakan NC seperti hilang arah terutamanya selepas kerajaan mengumumkan pemotongan belanjawan kos operasi setiap IPTA.

Dalam pembentangan Belanjawan 2016, Putrajaya mengumumkan belanjawan bagi setiap IPTA dipotong sebanyak RM2.4 bilion, daripada RM15.78 bilion pada 2015 keepada RM13.37 bilion tahun ini.

UM mengalami pemotongan terbesar iaitu sehingga 27.30%.

Ghauth mempersoalkan respon IPTA seperti UM yang melaksanakan pengurangan kos seperti memotong langganan jurnal dalam talian dan mengenakan caj ke atas kemudahan kesukanan

Beliau berkata walaupun ada yang bercadang untuk perdagangkan hak milik antarabangsa (IP) dan kertas penyelidikan, tidak banyak wang yang boleh diperoleh daripadanya “kecuali kamu setaraf Stanford atau Harvard”.

Atas sebab itu, Ghauth mencadangkan barisan naib canselor baharu yang berani melakukan perubahan dan berfikiran seperti usahawan diambil berkhidmat di IPTA.

“NC dilantik berdasarkan kelayakan. Ketika ditemubual tidak langsung ditanya bagaimana dia akan menjana wang. Kita perlu ubah.”

Ghauth pernah mendekati Universiti Wales untuk melakukan usaha sama dengan UM membuka sebuah universiti swasta, Universiti Malaya Wales.

Mula beroperasi tiga tahun lalu, wang daripada institusi pengajian swasta itu disalurkan kepada UM.

“Itu salah satu cara untuk berdikari. Dengan mengurangkan kebergantungan kepada wang awam, UM lebih mampu untuk berdiri atas kaki sendiri, dan mengambil keputusan-keputusan yang boleh mengangkat UM ke taraf dunia.”

Beliau berkata negara perlukan NC yang berani mengubah pendidikan tinggi Malaysia.

“Kalau tidak kita akan bertambah teruk kerana kerajaan akan terus memotong belanjawan ekoran kejatuhan harga minyak.”

Kedudukan UM naik lima tingga ke 146 dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings daripada 2015 ke 2016. Terdapat kira-kira 20 IPTA di Malaysia.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28KiDR9

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.