Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa selepas tiga tahun? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa selepas tiga tahun?

charles-santiago

KLANG: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago kini disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman susulan satu ceramah dibuatnya di Skudai, Johor tiga tahun lalu.

Bercakap kepada FMT di pejabatnya di sini hari ini, Charles berkata satu panggilan telefon diterima Khamis lalu daripada Inspektor Mohd Nur Azri yang memberitahu beliau sedang disiasat.

Menurut inspektor berkenaan, siasatan itu berdasarkan kepada kenyataan 112 yang bermakna laporan awal polis dibuat oleh pegawai polis.

“Soalan saya ialah kenapa saya disiasat tiga tahun selepas ceramah itu? Saya sendiri tidak ingat lagi ceramah mana yang mereka maksudkan,” katanya.

Katanya, ceramah itu dibuat pada 2013 sebelum PRU13.

“Ketika itu tempoh berkempen dengan banyak ceramah diadakan, jadi apa saja yang saya cakap pastinya untuk orang awam,” katanya.

Charles berkata beliau tidak mengesyaki apa-apa mengenai punca dia disiasat selepas tiga tahun kemudian.

“Namun, saya bimbang mereka mungkin menggunakan ini untuk mengeluarkan sepina dan surat wakil bagi menghalang saya bertanding lagi.”





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28MlhK3

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.