Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beli ayam yang ada status halal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beli ayam yang ada status halal

ayam

SEREMBAN: Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Datuk Selamat Paigo menasihatkan umat Islam di negeri ini supaya hanya membeli ayam yang memiliki logo halal yang dijual di pasar raya.

Beliau berkata ia bagi memastikan ayam berkenaan benar-benar mematuhi Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan hukum syarak.

“Dalam hal ini, umat Islam mestilah menggunakan kebijaksanaan mereka dengan mengelak daripada membeli ayam daripada pihak yang tidak mempunyai logo halal atau tidak mempunyai sijil halal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media bagi menjelaskan mengenai isu yang viral di laman sosial kononnya dua pasar raya di negeri ini didakwa menjual ayam tidak halal.

Ditanya mengenai kesahihan dakwaan itu, Selamat bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya menasihati umat Islam supaya memilih produk yang mempamerkan logo halal.

“Jika tidak ada (logo halal), lebih baik kita elakkan kerana status halal bukan saja berkaitan sembelihan tetapi proses dilakukan dari awal hingga akhir yang mematuhi syarak dan bersih,” katanya.

-Bernama





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28KPkDc

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.