Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hentikan sandiwara, pesan pegawai LGE kepada Backer - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hentikan sandiwara, pesan pegawai LGE kepada Backer

Marziah_Abu-Backe_600

GEORGE TOWN: Cukuplah dengan sandiwara kamu, kata Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang Marziah Mohd Mukhtar menjawab tawaran pembelian banglo Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Marziah kesal kerana menerima surat dan cek bayaran muka daripada Abu Backer kepada Lim Guan Eng semalam.

“Tanpa menghiraukan kemuliaan Ramadhan, beliau sebaliknya telah menyalahgunakan manfaat sebuah majlis berbuka puasa dengan menipu saya untuk menerima serahan sekeping surat dan cek bertarikh 20 Julai.

“Walhal intipati perkara yang disampaikan langsung tidak melibatkan pentadbiran mahupun pengurusan Kerajaan Pulau Pinang.

“Oleh demikian, saya akan kembalikan kedua-dua surat dan cek tersebut melalui pos berdaftar dengan kadar segera kepada firma guaman yang mewakili Dato’ Hj Abu Backer Sidek yakni Tetuan Rosli Ismail & Co,” kata Marziah.

Beliau berharap pengembalian dokumen-dokumen itu akan dapat mematikan publisiti murahan yang Abu Backer inginkan.

Namun begitu, Marziah juga percaya Abu Backer tidak akan berputus asa untuk menagih perhatian orang ramai, seperti ketika dia melemparkan diri di hadapan kereta Guan Eng dua tahun lalu.

“Begitu juga dengan kegagalan beliau untuk menjadi calon pilihan raya kecil Kuala Kangsar baru-baru ini, di mana beliau telah mengoyakkan kertas penamaan calon dirinya dan telah menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya atas layanan yang diterima.

“Dengan pelbagai episod lalu yang mencuit hati, kita hanya perlu lihat dan tunggu telatah Abu Backer yang seterusnya,” katanya.

Backer semalam menyatakan hasrat untuk membeli banglo milik Guan Eng di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta, dan menawarkan bayaran muka RM56,000 bagi tujuan itu.

Terlepas peluang menemui Guan Eng di satu majlis berbuka puasa di Air Itam semalam, Backer temui Marziah yang juga mahu beransur ketika itu, lalu menyerahkan surat dan cek untuk diserahkan kepada majikannya.

Ditemui pemberita kemudiannya, Backer mahu membeli banglo tersebut dan kemudian menjualnya.

BACA JUGA: Backer back in the news – he wants to buy LGE’s bungalow





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28K0QJL

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.