Hi! Welcome Back and Stay Tune! Atlet OKU Singapura didakwa rekrut pelacur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Atlet OKU Singapura didakwa rekrut pelacur

Adam Kamis

SINGAPURA: Atlet kurang upaya negara Adam Kamis mengaku bersalah di mahkamah semalam atas tuduhan merekrut wanita bagi pelacuran dan menyeludup kanak-kanak kerana merekrut seorang gadis berusia 16 tahun dengan niat mengeksploitasi secara seksual.

Berita Harian Singapura melaporkan Adam, 37, yang dikenali sebagai “Adam OneArmRunner” itu berdepan 34 pendakwaan, tetapi mengaku bersalah untuk 11 tuduhan mengikut Piagam Wanita dan satu di bawah Akta Pencegahan Penyeludupan Manusia.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dari awal 2013 hingga tarikh ditahan pada 6 Oktober tahun lalu.

Adam kehilangan tangan kanan dalam satu kemalangan motosikal pada 2003 yang turut menyebabkan tangan kirinya lumpuh. Dia pernah mewakili Singapura di Sukan Komanwel dan Sukan Paralimpik Asean.

Pada awal 2013, ketika menanggung hutang terlalu banyak tertuduh membuka agensi pengiring sosial, SG Freelancer, yang menawarkan perkhidmatan seks di bawah agensinya itu.

Bagi mendapatkan wanita untuk bekerja dengan agensi itu, tertuduh menggunakan nama “Angel Tan” dan membuka akaun Facebook sebelum menghantar mesej berbentuk iklan kepada ramai wanita dan menawarkan mereka kerja.

Wanita yang berminat perlu mengisi borang kaji selidik yang disediakan dan datang untuk sesi temu bual di fletnya di Yishun iaitu termasuk berbogel di depannya serta memberikan khidmat seks kepadanya.

Mahkamah diberitahu, 34 wanita yang menjawab iklan itu datang daripada pelbagai latar belakang, antaranya guru tadika dan akauntan, berumur antara 17 dan 39 tahun.

Sepanjang tempoh dua tahun setengah, tertuduh hanya berjaya mendapatkan lima pelanggan untuk wanita yang diambilnya bekerja.

Mahkamah Singapura menetapkan 27 Jun depan untuk menjatuhkan hukuman.

 





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28MRuhS

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.