Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak Scha Al-Yahya jadi sasaran ‘tarbiah aurat’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak Scha Al-Yahya jadi sasaran ‘tarbiah aurat’

lara-alana_600

PETALING JAYA: Lara Alana Ahmad Awaluddin belum mencecah usia dua tahun tetapi sudah menjadi sasaran netizen yang mempersoalkan penampilannya kerana “mendedahkan aurat”.

Ibubapanya, pelakon Scha al-Yahya dan Awal Ashaari, sering berkongsi gambar Lara yang mempunya hampir dua juta pengikut di laman Instragramnya, @laraalanaa.

Tetapi sebuah gambar Awal mendukung anaknya bertudung dan bersinglet berserta coretan “MashaAllah, Sisthur is hot”, mengundang perbalahan sesama netizen, dengan ada yang berpendapat anak kecil itu tidak sepatutnya dipakaikan tudung sambil bersinglet.

Gambar tersebut diambil di Mekah ketika Awal sekeluarga menunaikan umrah baru-baru ini.

“Awat pakai tudung tak berlengan baju?” tanya @zie.stella.

Beberapa pengguna laman media sosial tersebut kemudian mempertahankan Lara yang masih bayi.

“Ala dia baru budak tu. Dulu hang kecik siap tayang badan lagi…kan dah kata dia panas… jangan fikir negatif… budak-budak tak wajib tutup aurat pun…so biasa la tu,” kata @its_me_naji.

Manakala pengguna @enasuhaha12 berkata, “Baby kott…lek ahh.”

Pengguna @zainalabidin148 pula berkata, “Ni yang katakan bapak yang bodoh, kalau anak tu pakai tudung, pakai lah baju anak sopan sedikit.”

Komen tersebut mengundang kritikan dengan ada yang meminta @zainalabidin148 supaya tidak terlalu serius.

Lara mungkin mangsa termuda yang menjadi sasaran “tarbiah” oleh pengguna media sosial yang kebelakangan ini suka menegur selebriti tempatan yang tidak berpakaian menutup aurat.

Bagi pengguna Instagram @wanieqi91, Lara masih belum baligh, dan mempersoalkan mengapa pemakaiannya menjadi isu.

“Daddy mummy dia pun tahu macam mana keadaan kat sana, awak yang dah besar panjang patut boleh fikir, jangan jadi dulang paku serpih, faham sendiri la kan… patut yang tua bangka dah boleh fikir sebelum cakap tu…istighfar la banyak-banyak awak yang berfikiran negatif itu ya,” tulis @wanieqi91.

Sebelum ini, nasib sama menimpa pelakon Tasha Shilla yang dikritik selepas memuat naik gambar yang dikatakan seksi, kerana memakai seluar panjang dan baju tidak berlengan.

“Baik pakai baju renang,” komen seorang pengguna.

Tidak kurang yang lebih kasar komennya: “Bagus tak payah pakai baju kalau macam tu pakaian kau perempuan… Tolong lah kau fikir kau cantik sangat ke pergi mam*** la engkau.”

“Wayang free. Kawan2 jom tengok,” kata seorang lagi pengguna, @alifsharafi.

“Memaparkan seluruh bentuk tubuh..bertaubat la weyhh. Jaga aurat tu…Allah masih bagi kau hidup..gunakan masa yang ada. Jangan syok sangat jadi artis. Memang la dapat duit…tapi dapat phala ke!!! Bbanyak dah artis yang pakai tudung..berubah!! Kau bila lagi??” komen pengguna @jakun_hear.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28K0WRz

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.