Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nak beli rumah sebelum umur 30 tahun? Buat semua 20 tip power ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nak beli rumah sebelum umur 30 tahun? Buat semua 20 tip power ini

Lagi awal korang boleh beli rumah, lebih baik.

Yang suka bertangguh tu, lambat-laun akan terasa rugi jugak akhirnya. Terpulang. Tok hanya berpesan supaya korang tak buat keputusan yang kurang bijak.

Maksud kurang bijak tu seperti beli kereta import sebab nak bermegah dengan kawan-kawan.

Dari korang servis loan kereta yang beriban tu, korang sebenarnya dah mampu sangat untuk bayar ansuran rumah.

Nah, hadamkan sekarang nukilan Tuan Amir Syahir ni. Buat tip ini untuk beli rumah pertama sebelum umur masuk kategori 3 series.

Ikut kehendak hati, rumah pertama tergadai

Dah ramai anak muda tertipu dengan kehendak diri sendiri, sehingga terpaksa tangguhkan hasrat dan impian untuk beli rumah pertama.

Semua ni berlaku sebab terlampau banyak sangat komitmen dan hutang.

Hutang kereta, pembiayaan peribadi, kad kredit, dan PTPTN yang tak dibayar antara sebab anak muda tak mampu beli rumah pada usia yang muda. CCRIS koyak, DSR hancur.

Kalau korang mampu bayar ansuran kereta import mewah selama 9 tahun, korang sebenarnya mampu untuk beli rumah pertama dengan harga sama seperti kereta import tu.

Antara perkara yang korang perlu tahu dan perlu buat adalah:

#1: Pupuk tabiat menabung seawal mungkin

Menabung tu mudah, tapi susah untuk dibuat.

Kalau tak kekal konsisten untuk membeli rumah pertama, ia hanya akan jadi mimpi dan tinggal sebagai sekadar angan-angan.

Jadi, sentiasa terus berusaha untuk jadikan impian tu sebagai kenyataan.

#2: Berapa deposit anda perlu sediakan untuk beli rumah pertama?

Semak dulu kelayakan harga rumah yang korang layak beli. Pastikan ia sesuai dengan pendapatan semasa korang.

Kalau pendapatan semasa korang layak untuk beli rumah harga RM150,000, korang wajib sediakan deposit rumah dalam 15% daripada harga rumah tu.

Jumlah 15% akan cover kos-kos seperti:

  • down payment rumah (10%),
  • kos guaman,
  • duti setem, dan juga lain-lain kos yang terlibat.

#3: Sediakan tabung simpanan “Si Hijau,” “Si Merah,” dan “Si Oren”

Buat tabung berwarna dan kumpul duit kertas warna hijau (RM5), warna merah (RM10), dan juga warna oren (RM20).

Tindakan ni akan pupuk minat korang untuk menyimpan.

Bila tengok tabung dah banyak terisi dengan “Si Hijau,” “Si Merah,” dan juga “Si Oren,” korang mesti akan teruja.

Nak belanjakan nanti, korang akan terasa sayang. Tak percaya? Korang cuba buat dulu.

#4: Takde alasan untuk orang bujang tak menyimpan

Masa bujang ni, korang sebenarnya mampu untuk menyimpan lebih banyak. Korang belum lagi ada komitmen besar seperti anak-anak yang nak dijaga, atau sebagainya.

Jangan pulak korang asyik makan dekat kedai hipster je. Dah la makanan sikit. Kenyang pulak kejap je. Dah la ada GST pulak tu. Lepas tu memekak dekat orang lain sebab tak puas hati kena bayar GST.

Kedai tepi jalan yang ada, korang nak pandang pun dah tak lalu. Apatah lagi makan dekat situ.

#5: Nak elak berbelanja macam orang hilang pedoman?

Sediakan bajet bulanan supaya perbelanjaan tak lari daripada yang sepatutnya.

Senang je. Kalau korang gagal merancang, korang merancang untuk gagal sebenarnya. Mesti korang pernah dengar lirik padu ni, kan?

#6: Seronok lagi melancong bersama lepas berkahwin (dan beli sebiji rumah)

Tak perlu berjalan-jalan ke luar negara bersama awek korang tu, semata-mata sebab nak cipta kenangan indah bersama.

Tapi yang perlu korang buat adalah menabung bersama-sama, supaya boleh kumpul deposit rumah dan tabung perkahwinan.

Lepas dah selesai berkahwin nanti, baru la korang merancang untuk berjalan sama-sama. Lagi best dan awesome.

#7: Paksa diri meyimpan. Gunakan alat kewangan yang ada

Kalau tak mampu menabung secara konsisten, amalkan potong terus sebahagian daripada gaji daripada akaun.

Boleh je korang nak buat ASB Financing atau potongan terus ke Tabung Haji.

Lepas tempoh 5 tahun nanti, korang akan nampak hasilnya. Tak salah bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.

#8: Berbaloi ke berhabis duit untuk kekal up-to-date?

Tangguhkan menurut kehendak hati korang terlebih dulu, dan cuba hidup di bawah kemampuan sebaik mungkin.

Biarkan dan buat bodo je kalau orang lain nak bergaya dan habiskan duit untuk kekal up-to-date.

Yang penting, korang tau pengorbanan untuk tempoh 5 tahun yang pertama ni, akan buatkan korang hidup lebih senang untuk tempoh 30 tahun akan datang.

#9: Terus-menerus cari sumber pendapatan ekstra

Kurangkan perbelanjaan, dan tambahkan pendapatan.

Ada banyak cara untuk menambah pendapatan semasa korang. Korang boleh menjual secara online, buat dropship, jadi ejen Takaful, dan lain-lain lagi. Nak dengan tak nak je.

Dan yang paling penting, pastikan kerja tu halalan toyyiban.

#10: Sebab gaji ciput, terus tak jadi nak beli rumah?

Lambat beli rumah sebab gaji kecik, takpe. Tapi jangan pulak korang terus tak pasang impian untuk beli rumah langsung pulak.

Dan yang penting, jangan lambat beli rumah sebab asyik bayar hutang sana-sini yang lebih daripada kemampuan hakiki korang.

Contohnya, bayar hutang peribadi untuk buat majlis perkahwinan yang gilang-gemilang.

Tak salah pun kalau korang buat setakat yang mampu je. Sentiasa ukur baju di badan sendiri sebelum buat apa-apa ya.

#11: Penghalang utama anda lepas loan rumah pertama

Jangan lupa pulak bayar hutang PTPTN dengan lain-lain hutang yang ada.

Kalau rosak CCRIS korang tu, memang hancur harapan korang untuk membeli rumah pertama.

#12: Seronok jadi penghutang tegar?

Tak guna jugak kalau gaji korang tinggi, tapi hutang menimbun.

Sentiasa amalkan kalau membeli sesuatu, beli secara tunai. Elakkan beli secara berhutang.

Mencintai diri sendiri dan juga keluarga adalah jauh lebih baik berbanding bercinta dengan hutang-piutang.

#13: Disiplin ke laut, loan rumah confirm tersangkut

Kad kredit korang tu, jangan pulak guna lebih daripada had yang dah ditetapkan. Paling elok, gunakan bawah 70%.

Kalau korang lambat bayar, korang akan dikenakan caj bayar lewat yang tinggi.

Sekarang, korang dah sedia maklum. Sejurus dapat gaji je, korang terus jelaskan hutang kad kredit. Kalau dah tau tak boleh kawal, terminate je kad tu. Selesai masalah.

#14: Kalau tak mampu, buat cara tak mampu

Pembiayaan peribadi bukan penyelesaian kepada masalah kewangan. Usah gali lubang, tutup balik lubang tu.

Senang je hidup ni. Kalau tak mampu, jangan beli. Dan jangan pula korang sanggup berhutang semata-mata nak dapatkan barang tu.

#15: Mengikut orang sangat pun tak boleh jugak

Elakkan mengikut orang lain. Sebab orang lain pun, kadang-kadang, tak tau apa yang mereka buat.

Kalau korang nak hidup senang, mula berusaha mulai sekarang. Jangan pulak korang bergaya atas bawah dengan cara berhutang. Itu bahaya.

#16: CCRIS dan CTOS – Jaga 2 perkara ini macam anak sendiri

Dan yang paling penting, CTOS dan CCRIS pun korang kena jaga elok-elok. Dan jaga 2 benda ni macam isteri korang sendiri.

Kalau boleh, jangan biarkan CCRIS tu tercalar sikit pun.

#17: Satu nasihat khas untuk kaum hawa

Bagi kaum Hawa pulak, korang tak rasa dah banyak ke tudung yang ada dalam almari tu? Tu tak tambah lagi dengan kasut yang ada dalam rak rumah tu.

Korang tak perlu membazir. Duit tu, korang boleh simpan dalam tabung untuk dibuat sebagai deposit masa beli rumah pertama nanti.

#18: Bayar diri sendiri dulu sebelum apa-apa hal

Amalkan tabiat simpan dulu sebelum berbelanja. Bayar dulu diri sendiri sebelum korang habiskan duit gaji dengan shopping sana-sini.

#19: Untung ke berlumba siapa pakai kereta mahal dulu?

Tak payah beli kereta import mewah kalau gaji korang bawah RM3,000.

Yang nak acah-acah pakai kereta import buat apa? Selamba je bayar setiap bulan lebih RM1,000K++ untuk kereta yang nilainya akan menjunam 30% setiap tahun.

#20: Perlu ke berhabis duit dekat event kelab setiap bulan?

Tak perlu kelam-kabut untuk pergi ke gathering kelab kereta korang tu. Buat pulak tiap-tiap bulan. Memang menderita la nak tanggung kos tu setiap kali.

Korang boleh kira sendiri. Nak pergi gathering tu, dah tentu-tentu korang kena tanggung kos petrol, dan ada yang sampai tahap kena pinjam member.

Nak bayar cukai jalan pun kena kongsi bayar dengan awek. Macam mana?

Masih nak tunggu umur cecah 30 tahun, baru fikir nak beli rumah?

Nak tak nak, korang kena ubah gaya fikiran.

Masa muda ni, korang rasa korang patut enjoy dulu. Kena beli kereta import mewah seawal mungkin. Kena travel ke Eropah dulu.

Nak beli rumah? Nanti dulu la.

Tunggu umur cecah 30 tahun dulu, baru fikir nak beli rumah.

Kenapa ramai orang buat macam ni? Sebab ramai sangat orang yang buat benda yang sama. Itu tak termasuk lagi tekanan daripada kawan-kawan sekelilling.

Apa pulak kata korang yang dah beli rumah, dan dapat jugak beli kereta pada masa yang sama.

Jadikan rumah sebagai pelaburan jangka masa panjang. Permulaan seribu langkah, bermula dengan satu langkah.

Dan satu langkah ni adalah tabiat menyimpan. Korang takkan boleh beli sebiji pun rumah kalau hanya bermodalkan senyuman korang tu.

Gua mampu beli banyak rumah. Tapi gua sengaja tinggalkan sikit untuk mereka yang baru habis bayar hutang kereta selama 9 tahun. Kah!

Pekongsian kali ni memang simple, tapi penuh dengan mesej yang padat.

Sekarang bukan masa untuk korang bertangguh lagi. Lambat beli rumah? Tok tak kisah. Peluang yang korang lepaskan tu, dah tentu akan ada yang datang menyambut.

Apa yang akan datang, bemula dengan apa yang kita usahakan hari ini.

Apa anda perlu buat untuk tawan hati bank dan lulus loan rumah dengan mudah?

Ramai dah sedia maklum. CCRIS adalah perkara penting yang korang kena jaga sebelum memohon loan rumah dekat bank.

Tapi bukan tu je yang korang kena jaga. Yang lain tu, tak patut korang anak tirikan.

Klik link bawah ni sekarang kalau korang serius nak tau:

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH” <<<

The post Nak beli rumah sebelum umur 30 tahun? Buat semua 20 tip power ini appeared first on GilaHartanah.com.



Sumber : GilaHartanah.com http://ift.tt/2l7RdPh

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.