Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dasar Buku Negara Perlu Diperbaharui Agar Kekal Relevan – Budiman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dasar Buku Negara Perlu Diperbaharui Agar Kekal Relevan – Budiman

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memperbaharui Dasar Buku Negara (DBN) yang yang telah diguna pakai sejak era 1980-an, kata ahli parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi.

Katanya kerajaan perlu memberi perhatian khusus terhadap usaha memperbaharui DBN kerana impaknya penting dalam menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Hujah Budiman, asas sebuah negara maju ialah melalui ilmu yang harus digali menerusi buku yang wujud secara konvensional dan digital.

“Malah, buku adalah rakaman ilmu yang paling asasi serta organik, mengkhazanahkan kecerdasan lokal (local wisdom) mewakili nilai-nilai Malaysia.

“Buku mewakili sisi penting yang lebih awal dan huluan (upstream) di dalam rantaian industri kandungan. DBN mesti diperbaharui sejajar dengan perkembangan zaman ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi menyemarakkan industri buku, Budiman juga menyarankan agar Kad Debit Siswa (dahulunya Baucer Buku 1Malaysia) kembali kepada pembelian buku sahaja dan bukan kepada perkara-perkara lain.

Ujar beliau,  ekonomi perbukuan perlu mempunyai indeks-indeks khusus yang menilai kualiti kandungan, kesan terhadap kecerdasan di samping petunjuk-petunjuk ekonomi yang menggambarkan keberadaan (healthcheck) perbukuan negara.

Perkara itu, ujar beliau  termasuklah petunjuk kebolehupayaan pengguna membeli buku.

“Susulan itu, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) disaran mengaplikasikan kaedah Strategi Lautan Biru (BOS) dan melaksanakan inisiatif merentas sempadan kebiasaan, sekali gus melihat industri buku dalam kerangka lebih menyeluruh,” katanya lagi.

Beliau juga menegaskan industri buku negara mesti dilindungi  agar tidak terlepas ke tangan negara lain.

“Konsep ‘Kedaulatan Kandungan’ mesti diambil perhatian supaya karya buku Malaysia didaftar, disimpan dan diarkibkan dalam negara secara bersungguh-sungguh agar kita kelak tidak perlu meminta-minta kandungan kita yang berkemungkinan di simpan dalam repositori digital milik negara asing,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mPw7TY

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.