Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Sangka, 10 Lokasi Menakjubkan Ini Ada Di Indonesia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Sangka, 10 Lokasi Menakjubkan Ini Ada Di Indonesia

Rasai keunikan itu hanya di Jembatan Akar, Sumetara.Bestnya kalau dapat bercuti ke negara Eropah dan berpeluang melihat tempat-tempat menarik disana.

Tapi, bila tengok balik baki akaun bank, tak cukup lagi untuk kesana.

Advertisement

Jangan risau, siapa kata hanya di negara Eropah dan barat je ada tempat menarik dilawati? Tak perlu pergi jauh-jauh dah. Di Indonesia ada semuanya.

Paling penting, tak perlu berbelanja besar dan bila-bila masa anda boleh pergi.

1. Bangkalan, Wisata Bukit Pelalangan

Antelope Canyon Bangkalan, Wisata Bukit Pelalangan

Kalau di Amerika Syarikat gah dengan gua batu Antelope Canyon. Di Indonesia anda oleh menikmati pengalaman yang sama di  Bangkalan, Wisata Bukit Pelalangan.

2. Pantai Pegadungan

Hutan Zhangjiajie, China Pantai Pegadungan

Pernah tak kamu tonton filem-filem Cina yang berlatar belakangkan keunikan taman Hutan Zhangjiajie, China? Di Indonesia juga terdapat Pantai Pegadungan yang tidak kurang hebatnya.

3. Telaga Warna, Dieng Plateau, Indonesia

Plitvice Lakes Telaga Warna, Dieng Plateau, Indonesia

Croatia terkenal dengan tasik yang boleh bertukar warna, Plitvice Lakes. Tapi nak ke Croatia tu jauh kan? So, pergi sahaja ke Telaga Warna, Dieng Plateau, Indonesia. Jauh lebih jimat.

4. Pulau Belitung, Danau Kaolin

kolam air panas Pamukkale, Turki Pulau Belitung, Danau Kaolin

Cantiknya kalau dapat bergambar kenangan di kolam air panas Pamukkale, Turki. Ya, anda juga boleh berkunjung ke Pulau Belitung, Danau Kaolin ini untuk merasakan kehangatan yang sama seperti di Pamukkale, Turki.

5. Taman Negara Baluran

Masai Mara Game Reserve, Kenya Taman Negara Baluran

Siapa kata di Indonesia tidak mempunyai savana seperti di Masai Mara Game Reserve, Kenya? Taman Negara Baluran adalah buktinya.

6. Pulau Cinta, Sulawesi

Pulau Bora-Bora Pulau Cinta, Sulawesi

Pulau Bora-Bora sering dijadikan lokasi bulan madu bagi pasangan yang baru berkahwin. Kalau nak jimat, anda boleh ke Pulau Cinta yang terletak di utara Sulawesi pula. Nama pulau ini pun dah menggambarkan bagaimana suasana di sana kan?

7.  Jembatan Akar, Sumetara

Cherrapunji, India Jembatan Akar, Sumetara

Pernahkah anda dengar kewujudan jambatan daripada akar pokok di Cherrapunji, India? Rasai keunikan itu hanya di Jembatan Akar, Sumetara.

8. Gunung Semeru, Oro-Oro Ombo

Mont-Ventoux, Perancis Gunung Semeru, Oro-Oro Ombo

Lautan ungu membanjiri ladang lavender di Mont-Ventoux, Perancis. Tapi tu la, nak ke Perancis tu bukan mudah. Gunung Semeru, Oro-Oro Ombo ini juga nampak hebat kan? Malah lebih cantik pemandangannya yang berlatar belakang kawasan gunung.

9. Gua Jomblang, Yogyakarta

Stevens Gap, Alabama Gua Jomblang, Yogyakarta

Cuba kamu lihat gua Stevens Gap, Alabama dan Gua Jomblang di Yogyakarta.Apa perbezaannya? Sama bukan?

10. Kawah Putih, Bandung

Kawah air panas gunung berapi, New Zealand Kawah Putih, Bandung

Keindahan semula jadi kawah air panas gunung berapi di New Zealand tersembunyi di sebalik kehijauan rimbunan pepohon. Tetapi, jika dia Kawah Putih, Bandung, kawah air panas terlindung dengan awan mendung yang dingin.

SUMBER

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m8JxNO

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.