Tembok Mendaki Taraf Dunia Di Shah Alam
MOHD Nor Md Said (tengah) bersama Poh Ying Loo (kanan) dan Hiroyuki Kotera (kiri) ketika perasmian Rocky BaseCamp di AEON Mall Shah Alam. – Foto Rosdan Wahid
SHAH ALAM: Peminat sukan lasak kini boleh mencuba aktivi mendaki tembok bertaraf dunia di Pusat Rocky BaseCamp di Aeon Mall Shah Alam.
Pengarah Eksekutif Aeon Co (M) Bhd, Poh Ying Loo, berkata tembok setinggi 15 meter itu adalah yang pertama seumpamanya di negara ini.
“Tembok ini setanding dengan negara luar. Segala kriteria seperti jarak pemegang dan pemijak serta kecondongan lima darjahnya adalah sama dengan negara lain.
“Peralatan yang digunakan juga adalah yang berkualiti bagi memastikan keselamatan pendaki,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Pusat Rocky BaseCamp.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor, Mohd Nor Md Said.
Ying Loo berkata, seramai 40 orang boleh mendaki serentak di sembilan tembok yang disediakan.
Katanya, semua tembok berbeza mengikut kategori seperti tembok mendaki untuk percubaan, bersuka ria dan cabaran.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mDHjRY✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment