Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kembang Tekak Aku Makan Lauk Kat Kedai Ini” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kembang Tekak Aku Makan Lauk Kat Kedai Ini”

Tolong jangan makai di kedai ini. Sebelum beli sudah tanya masak bila makanan ini, dia jawab pagi tadi masak.

Okay, aku pun tapau lah, sementara mahu jumpa orang, aku makan dulu. Tu tengok sendiri, bukan cacing saja, ulat sampah pun ada dengan telur dia busuk. Bau sudah macam reban ayam. Aku tak tahu nak kata macam mana.

Korang tengok sendiri apa yang aku nampak. Aku rasa beberapa ekor cacing dan ulat sampah sudah aku telan.

Aku ini jenis kalau makan, aku suka berborak, melainkan kalau makan seorang diri, baru aku teliti satu-satu lauk aku.

Aku pergi semula ke kedai itu, pemilik kedai itu bila tahu aku nak buat aduan terus cepat-cepat dia lari pergi dapur dan suruh pekerja dia bersemuka dengan aku.

Bila aku pergi ke dapur dia, subhanallah, kotornya!

Ramai yang tenah makan. Kesian pulak aku tengok. Ada yang sudah licin makanan di pinggan. Hahaha.

Aku ini masih cuba berbahasa “saya” dengen pekerja kedai makan ini.

Aku: Lauk bila ni? 

Pekerja: Pagi tadi buat. 

Aku: Apahal ada ulat dan cacing? Telur busuk bau bangkai? 

Pekerja: Mana ada ulat, okay saja saya tengok. 

Terus aku tarik nafas panjang sebab risau puting beliung berlaku. Boleh tahan jugalah angin aku ini kalau jadi. Sejak jadi ejen ini, angin itu berkurang sedikit.

Aku pun tunjuk video yang aku rakan sebab aku tahu kalau aku tidak rakam, mereka ini akan menafikan sekeras-kerasnya. Aku pun sudah biasa berdepan dengan golongan penipu ini, jadi aku lebih berhati-hati.

Pekerja: Maaf lah, bukan saya yang masak. Dia yang masak.

Jawab pekerja itu sambil menunding jadi ke arah tukang masak. Pemilik kedai sepatah pun tidak bersuara

Tukang masak siap silang kaki, bukan main sombong. Minta maaf pun tiada.

Aku tanya bila punya lauk ini? Kalau pagi tadi, mustahil boleh bau bangkai busuk dan ada ulat sampah. Bukan setakat cacing pun ada. Aku paksa juga pekerja di situ bersuara.

“Jumaat,” jawab pekerja itu pendek.

Jumaat? Panaskan lauk sampai hari Isnin. Patutlah berulat. Kalau pagi ayam itu masih merah-merah, telur itu belum lagi berbau bangkai. Ini tidak, ayam sudah lesu macam mayat.

Itu belum aku ambil gambar tempat buat air. Ntah-ntah sudu tahun bila dia guna.

Bila aku ugut mahu buat laporan, pemilik kedai cepat-cepat pulangkan duit aku tadi. Aku sudah telan cacing, ulat kot. Tidak berbaloi kalau aku termakan rasuah dia pula. Salah orang lah. Memang aku sudah buat laporan pun.

Tidak pasal aku ulang-alik ke tandas akibat keracunan makanan. Mereka yang pernah kena keracunan makanan tahulah macam mana sakitnya.

Korang please, jangan makan kedai makan ini. Kempas Kawasan Perindustrian Tanah Tampoi.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nhfbYv

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.