MOM Tak Sekat Norza Terajui BAM: Kok Chi
DATUK Sieh Kok Chi. – Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menegaskan tiada peraturan yang melarang pemimpin badan induk itu untuk memegang jawatan tertinggi dalam persatuan sukan kebangsaan.
Sebaliknya, ia lebih digalakkan dalam membantu pegawai mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran yang lebih besar dalam MOM.
Justeru, Penolong Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi, berkata tiada masalah buat Timbalan Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sekiranya beliau dilantik menjadi Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
“Tiada sebarang peraturan melarang Norza daripada memegang jawatan dalam persatuan sukan kebangsaan dan MOM.
“Ini sebenarnya sudah menjadi tradisi dan digalakkan bagi membantu pegawai mempersiapkan diri dengan tugasan bersama MOM.
“Ini juga akan membuatkan seseorang pegawai itu lebih memahami keperluan atlet dan persatuan sukan kebangsaan.
“Secara peribadi, Norza sudah membuktikan kredibilitinya, malah ada masa saya kagum dengan semangatnya biarpun terbabit dengan pelbagai sektor dalam arena sukan negara.
“Kesanggupan Norza untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi ISN (Institut Sukan Negara) juga membuktikan beliau komited membawa perubahan dalam BAM,” kata Kok Chi yang percaya Norza mampu melaksanakan tugas dengan baik bersama MOM dan BAM.
Pandangan Kok Chi turut disokong oleh beberapa pemimpin MOM.
“Selepas bekerjasama dengan Norza sejak dua tahun lalu di MOM dan ketika saya menjadi ahli lembaga pengarah ISN, saya secara peribadi merasakan beliau layak dipilih sebagai Presiden BAM.
“Beliau seorang pemimpin yang mempunyai visi dan apa yang membuatkan saya bertambah kagum adalah beliau mampu untuk meningkatkan semangat atlet dan mengambil kira semua pandangan mereka sebelum membuat keputusan,” kata Naib Presiden MOM, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden MOM, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata Norza sangat komited dengan sukan terutama badminton dan beliau memang layak untuk mengambil alih kerusi nombor satu BAM itu.
“Saya percaya Norza komited untuk membawa BAM ke tahap yang lebih tinggi. Pengalamannya bersama MOM dan ISN mampu membantunya mentadbir BAM dengan baik jika dilantik sebagai presiden,” katanya.
Konflik mengisi jawatan presiden BAM pada mesyuarat Majlis 8 April ini tercetus apabila Pemangku Presiden, Tan Sri Mohamed Al-Amin menafikan wujud ‘perjanjian tidak rasmi’ berhubung jawatan presiden itu yang bakal dikosongkan Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nKMwwd✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment