Akui ada rasa cemburu: Hafidz Roshdi
PERSAINGAN sengit hasil lambakan pelakon baru tidak menjadi satu kebimbangan bagi aktor meningkat naik, Hafidz Roshdi.
Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Tundukkan Playboy Itu percaya kemampuannya bekerja.
“Sebenarnya, persaingan itu memang dah ada secara semula jadi apatah lagi, pelapis baru wujud pada setiap masa.
“Apa yang penting, dalam industri lakonan perlu ada ilmu selain kekal berdisiplin jika mahu pergi lebih jauh.
“Bahkan, semua orang juga ada rezeki masing-masing,” katanya pada Media Hiburan.
Pun begitu, pelakon berusia 23 tahun ini mengakui sedikit cemburu dengan bakat-bakat baru yang mempunyai asas dalam ilmu lakonan.
“Apabila ada ilmu dalam asas lakonan, ia memberi satu kelebihan dan peluang besar terutamanya jika menghadiri uji bakat.
“Saya sendiri pun kosong mengenai asas ilmu lakonan kerana saya terus dapat tawaran berlakon selepas tamat pengajian,” katanya.
Biarpun bukan secara formal, pelakon drama Aku Pilih Kamu ini tetap mempelajari teknik berlakon ketika di set penggambaran.
“Jika di set, saya akan bertanya pada senior yang berpengalaman,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hafidz turut dicalonkan dalam dua kategori menerusi drama Mr Donut Karamel di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017.
“Saya dicalonkan untuk kategori Aktor Pilihan dan Pasangan Pilihan selain drama tersebut turut dicalonkan dalam kategori Drama Pilihan.
“Jujurnya, saya tak meletakkan harapan tinggi untuk menang memandangkan persaingannya juga hebat-hebat belaka,” katanya.
Selain itu, Hafidz juga bakal muncul dalam drama dan telefilem Raisya dan Jalan Balik Surau selain sibuk menjalani penggambaran drama Papa Nak Mertua dan Seharum Mawar.
The post Akui ada rasa cemburu: Hafidz Roshdi appeared first on Berita Viral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nLM4Og✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment