Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semua Calon AFC Ke FIFA Disahkan Boleh Bertanding - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semua Calon AFC Ke FIFA Disahkan Boleh Bertanding

LONDON: Semua calon yang berhasrat mengisi empat kerusi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dibenarkan untuk bertanding pada pemilihan oleh badan induk berkenaan, kata AFC, hari ini.

Empat calon yang berjaya pada kongres AFC yang dijadual berlangsung di Bahrain, Mei ini akan mewakili Asia bersama Naib Presiden FIFA, Sheikh Salman Bin Ebrahim Al Khalifa yang juga Presiden AFC, selain wakil-wakil dari Jepun dan Malaysia.

Empat kerusi berkenaan termasuk satu lagi dikhaskan bagi wanita.

Bekas Ahli Jawatankuasa FIFA dari Australia, Moya Dodd akan bertanding bagi merebut satu kerusi dengan Mahfuza Ahkter dari Bangladesh, Han Un-gyong dari Korea Utara serta calon dari Palestin, Susan R A Shalabi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak China, Zhang Jian; Mong Gyu Chung dari Korea Selatan; Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah dari Kuwait dan calon dari Filipina, Mariano V Araneta Jr akan bertanding bagi tiga lagi kerusi.

Sheikh Ahmad yang juga Presiden Majlis Olimpik Asia, selain ahli berpengaruh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menduduki kerusi dalam Majlis FIFA ketika ini, namun akan berakhir pada Mei.

Majlis FIFA menggantikan kebanyakan jawatankuasa eksekutif badan induk berkenaan di bawah pembaharuan yang dijalankan berikutan skandal rasuah 2015 yang melanda badan induk bola sepak dunia itu.

September lalu, kongres luar biasa AFC yang dibuat untuk menjalankan pemilihan bagi Majlis FIFA ditangguhkan atas kehilangan kelayakan calon dari Qatar. – REUTERS

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nvKkrK

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.