Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mengenal Sisi Peribadi Allahyarham Johan Nawawi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mengenal Sisi Peribadi Allahyarham Johan Nawawi

 

Mengenal Sisi Peribadi Allahyarham Johan Nawawi|Johan Nawawi (1965 – 24 Mac 2017)[1] adalah penggubah lagu pop dalam industri muzik Malaysia sejak 1980-an. Antara lagu popular ciptaannya berjudul Hanya Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera nyanyian Nora yang juga merupakan isterinya. Johan boleh bermain alat-alat muzik seperti piano dan gitar dan aktif bermain muzik sejak tahun 1986.

Beliau berasal dari Ipoh, Perak tetapi kampung halamannya adalah di Pasir Mas, Kelantan. Beliau adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud. Mereka menetap di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memiliki diploma bidang arkitek daripada Federal Institute of Technology (FIT).

Lagu keIslaman
Antara karyanya yang berunsur Islam ialah ‘Erti Al-Fatihah’ ,nyanyian Putri – anaknya.Lagu ini hasil adaptasi daripada surah al-Quran iaitu al-Fatihah. Beliau mendapatkan daripada Tan Sri Prof. Kamal Hassan iaitu bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ustaz Aminullah Saliman dan Ustaz Che Bakar Che Mat.

Lagu Erti Al-Fatihah ini termuat dalam siri animasi ‘Ummi – Ceritalah Pada Kami!’ terbitan Hud-Hud Media Sdn. Bhd., dan Erama Records Sdn. Bhd. Lagu bertemakan ketuhanan dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan pada 1990-an.

Antara penyanyi yang diminatinya ialah Ebiet G. Ade dan M. Nasir yang turut menyelitkan mesej-mesej ketuhanan. Beliau juga rapat dengan aktivis nasyid Farihin Abdul Fatah yang bekerja dengan Raihan pada penghujung tahun 1990-an.Baginya lagu-lagu yang bertemakan ketuhanan boleh dianggap sebagai nasyid kerana lirik-liriknya mendorong ke arah kebaikan. [2]

Kematian
Johan Nawawi meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, kira-kira jam 6.30 pagi, Jumaat, 24 Mac 2017, dipercayai akibat serangan jantung, Allahyarham meninggal dunia pada usia 52 tahun. Berita itu disahkan oleh Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.[3][4]

The post Mengenal Sisi Peribadi Allahyarham Johan Nawawi appeared first on Eberita.org.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2myxBoS

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.