Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alli Kena Gantung 3 Perlawanan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alli Kena Gantung 3 Perlawanan

DELE Alli digantung tiga perlawanan di pentas Eropah oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) susulan dibuang padang gara-gara kekasaran terhadap pemain Gent, bulan lalu. – Foto AFP

LONDON: Bintang tengah Tottenham Hotspur, Dele Alli digantung tiga perlawanan di pentas Eropah oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) susulan dibuang padang gara-gara kekasaran terhadap pemain Gent, bulan lalu.

Alli dilayangkan kad merah ketika perlawanan di Wembley yang berkesudahan 2-2 selepas mengasari Brecht Dejaegere, sekali gus menyaksikan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tersingkir dalam kempen Liga Europa menerusi keputusan agregat 3-2.

Pemain 20 tahun itu melakukan terjahan tinggi ke pelindung tulang keting Dejaegere sehingga pemain Belgium itu tidak mampu meneruskan aksi dan terpaksa dipapah keluar.

“Pemain Tottenham Hotspur FC, Dele Alli digantung untuk tiga (3) perlawanan UEFA, sekiranya layak,” kata kenyataan UEFA.

“Hukuman itu berkaitan dengan kad merah yang diberikan kepada Dele Alli ketika perlawanan.”

Keputusan itu menyaksikan Alli akan terlepas tiga aksi Spurs dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan, sekiranya kelab itu layak, dengan ketiadaannya sudah pasti memberi tamparan besar.

Tottenham tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini sebelum disingkirkan Gent di peringkat 32 terakhir Liga Europa.

Spurs ketika itu dalam laluan untuk layak ke Liga Juara-Juara selepas menghuni tangga kedua EPL, dengan peluang mereka untuk mara ke peringkat kalah mati tampak sukar tanpa kehadiran Alli.

Alli mengakui dia merasa ‘teruk’ atas kekasaran yang dilakukan terhadap Dejaegere. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nPzs94

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.